Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Sunday, November 7, 2010

MERAH HATI MENJADI KELABU

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala itu baik, tidak Dia terima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang Mukmin dengan apa yang Dia perintahkan kepada sekelian Rasul. Maka Allah Taala berfirman (seperti yang disebut dalam hadis yang ertinya): “Hai sekelian Rasul! Makanlah dari yang baik-baik dan beramallah akan yang baik”. Dan Allah Taala berfirman: “Hai sekelian orang yang beriman! Makanlah dari segala yang baik yang telah direzekikan kepada kamu”. Kemudian ia menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): “Hai Tuhanku! Hai Tuhanku!”. Padahal makanannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram; maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya?”. – Riwayat Muslim

Hati yang bersih dari noda hitam bukan satu perkara yang mudah untuk dimiliki. Nikmat akal yang tidak ternilai dianugerahi Allah Taala kepada makhluk bernama manusia supaya dapat membezakan perkara yang hak dan batil. Bahkan, penyakit hati yang melanda umat Islam khususnya menjadikan perkembangan dan ideologi Islam tidak kukuh kerana masalah ini berpunca daripada pergelutan antara dosa dan maksiat.

….Sekiranya Allah menghendaki nescaya Dia kunci hatimu. Dan Allah menghapus yang batil dan membenarkan yang benar dengan firman-Nya (Al-Quran). Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala isi hati”. – Asy-Syura: 24

BUTA HATI PENGHALANG DOA

“Dan barang siapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat dia akan buta dan  tersesat jauh dari jalan (yang benar)”. – al-Isra’: 72

Seorang ahli Tasawuf yang masyhur, Ibrahim bin Adham ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah telah dikerumuni oleh orang ramai. Beliau telah ditanya oleh salah seorang daripada mereka tentang doa yang tidak dikabulkan oleh Allah Taala sedangkan mereka selalu berdoa. Maka, beliau telah mengatakan bahawa doa mereka tidak diperkenankan oleh Allah kerana hati mereka buta disebabkan 10 perkara;

10 sebab hati menjadi buta:

1.    Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya

2.    Kamu sangka kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya

3.    Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya

4.    Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya

5.    Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

6.    Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7.    Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8.    Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

9.    Kamu bangun daripada tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10.    Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripada mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah. Jadilah kamu seorang qanaah (menerima dengan rela), nanti kamu akan menjadi seorang hamba yang bersyukur kepada Allah. Sedikitlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati”. – Riwayat Baihaqi

 PRASANGKA BURUK

“Dan kepada setiap jiwa diberi balasan dengan sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan”. – Az-Zumar: 70

Jiwa yang bersih dan suci daripada prasangka buruk memandu akal untuk melakukan kebaikan. Bahkan, jiwa manusia menentukan juzuk kehidupan samada bersumberkan kebenaran atau prasangka semata. Sekiranya hati bersih dari sebarang keburukan, maka setiap perkara yang tercetus daripadanya menatijahkan sesuatu yang baik dan telus.

Berfikiran positif tanpa berprasangka negatif terhadap sesuatu perkara yang berlaku ke atas diri-sendiri atau orang lain menjamin kebenaran dan kebaikan kerana jiwa-jiwa yang memiliki ketenangan ini merupakan model kesempurnaan Islam. Maka, dengan wujudnya jiwa yang bersih dari prajudis tersebut akan menjauhkan mereka daripada kepincangan dan kritikan di dalam fikrah Islam.

“Mengapa orang-orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata, “Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata”. – an-Nur: 12

MAKANAN HATI. HALAL DAN HARAM

Pepatah ada mengatakan; “Diri kita adalah apa yang kita makan”. Tanpa kita sedari sumber makanan samada dari punca halal atau haram memberi pengaruh begitu besar kepada pembentukan hati. Rasulullah s.a.w sentiasa memberi peringatan kepada umatnya agar berhati-hati dalam memilih makanan kerana rezeki yang diperolehi berkait rapat dengan pembentukan peribadi dan keturunan. Punca makanan haram adalah penyebab hati menjadi kotor, selain maksiat yang dilakukan. Sebaliknya, makanan dari sumber halal dan jiwa yang sentiasa hidup dengan ayat-ayat Allah pasti memiliki hati bersih dan tenang.

Di antara sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, Saad Bin Waqqas adalah satu-satunya orang yang diperkenankan permintaan doa kerana beliau pernah menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak pernah memasukkan sesuatu makanan di dalam mulutnya melainkan beliau mengetahui dari mana punca makanan tersebut.

“Dan Allah memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kepada mereka dengan kurnia-Nya. Orang-orang yang ingkar akan mendapat azab yang keras”. - Asy-Syura: 26

Ibnu Abbas telah ditanya tentang seorang yang berkerja dengan melakukan penganiayaan dan mengambil yang haram, kemudian dia bertaubat mengerjakan haji, memerdekakan hamba dan bersedekah. Maka, Ibn Abbas menjawab dengan ringkas tetapi tegas, “Sesungguhnya yang kotor tidak menghilangkan yang kotor”.

Maka, pembentukan hati dari perkara yang membawa kepada dosa-dosa perlu ditangkis agar jiwa Islam yang mengalir dalam hati merah tidak menjadi kelabu disebabkan maksiat dan dosa yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>