Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Saturday, October 10, 2009

NIQAB HARAM?



Berita pengharaman memakai ‘niqab’ bagi pelajar perempuan daripada memasuki institusi-institusi di bawah Al-Azhar as-Syarif begitu menggemparkan dunia tika ini. Belum lagi pertikaian ‘hijab’selesai, timbul pula pengharaman niqab atau dikenali sebagai purdah di universiti al-Azhar yang dirancangkan oleh Sheikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi. Menurut sumber berita yang telah tersebar di dada-dada akhbar, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan, malah arahan secara bertulis telah diberikan kepada pihak polis untuk menghalang pelajar perempuan berkelubung daripada memasuki institusi-institusi Al-Azhar, termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta beberapa asrama di Kaherah. Langkah ini dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Seantero dunia telah arif bahawa majoriti wanita Mesir memakai tudung dan hanya segelintir sahaja yang memakai purdah atau niqab yang biasa di temui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi. Biarpun kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa purdah tidak wajib, namun pemakaian ini bukan lagi menjadi satu adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam, sebaliknya niat atas sebab kesihatan dan selainnya memungkinkan seseorang wanita memilih untuk memakai niqab demi menjamin keselamatannya.

Pengumuman ‘PENGHARAMAN MEMAKAI NIQAB DARIPADA MEMASUKI INSTITUSI AL-AZHAR’ akan dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh pihak Al-Azhar. Pengkhabaran isu gempar ini memberi tamparan hebat bagi pelajar perempuan yang biasa mengenakan ‘niqab’. Kadangkala hati tertanya-tanya, kenapa persoalan tentang perkara furu’ pula dipertikaikan, sedangkan masih berlambak masalah utama yang berkaitan dengan akidah seseorang yang perlu difikirkan oleh umat Islam seluruhnya.

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu) kerana Allah tidak suka orang-orang melampaui batas”- al-Maidah: 87

Di tengah-tengah kekalutan perbahasan ini, pihak pengkritik tentang isu langkah pengharaman niqab ini tidak leka berhujah secara abstrak untuk tidak dilaksanakan langkah pengharaman ini. Sebelum timbulnya isu ini, Kementerian Wakaf telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid telah dibantah keras. Bahkan, kes yang dibawa di mahkamah Agung Mesir yang melibatkan seorang penyelidik yang dihalang untuk memasuki perpustakaan Universiti Amerika di Mesir akhirnya menang kerana mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan.

Persoalannya, relevenkah pemakaian niqab diharamkan di institusi al-Azhar? Walau bagaimanapun, isu pengharaman niqab ke institusi Al-Azhar bukan untuk dimanipulasikan, tetapi perubahan yang berlaku secara mendadak ini wujud setelah kesan meluas dan merata pelbagai sikap dan respon yang mengancam kerajaan dan keghairahan yang tidak dikendalikan hatta kepada penolakan secara total.

Umat Islam hari ini bukan lagi pasif dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan agama secara melulu, tetapi ketika kita berdepan dengan jurang yang semakin melebar antara budaya dan pegangan agama, kita tidak boleh lagi berdiam diri dalam zon selesa dan perlu menghadapi realiti tanpa ada sikap kerelaan dan paksaan secara hegemoni.

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>