Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Monday, April 30, 2012

TEGUHKAN PENDIRIAN WALAU MENEMPUH PELBAGAI RINTANGAN



“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya”. – as-Saff: 8

<<Saya ingin terus terang mengatakan kepada kamu bahawa hari ini dakwah kamu masih belum dikenali orang ramai. Apabila mereka mengetahui dan memahami matlamat serta tujuan dakwah ini, kamu akan menerima permusuhan dan pertarungan yang sengit dari mereka. Kamu akan mendapati di hadapan kamu kesukaran-kesukaran dan kamu akan dihalangi oleh ranjau-ranjau. Hanya pada ketika itulah sahaja kamu baru mula mengikuti jalan para pendukung dakwah...adapun sekarang ini kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat membuat persediaan untuk dakwah dan bersedia untuk menghadapi perjuangan dan jihad yang dituntut oleh dakwah.

Kejahilan umat tentang hakikat Islam akan tegak sebagai rintangan di pertengahan jalan, kamu akan mendapati ahli agama yang terdiri dari para ulamak rasmi akan memandang ganjil pemahaman kamu terhadap Islam dan mengingkari jihad yang kamu lakukan untuk memperjuang kan kefahaman kamu itu. Para pemimpin, ketua-ketua orang yang rindukan kemegahan dan kekuasaan akan menaruh dendam kesumat terhadap kamu. Kesemua bentuk pemerintahan akan tegak serentak menghadapi kamu, semua kerajaan akan berusaha akan membatasi kegiatan kamu dan meletakkan rintangan-rintangan di jalanmu.


Penyamun-penyamun tersebut akan memasang perangkap dengan apa cara sahaja untuk dapat menentang kamu dan memadamkan sinar dakwah kamu. Dalam usaha-usaha mereka ini, mereka akan menggunakan kerajaan yang lemah, akhlak yang rendah dan tangan-tangan yang sentiasa menadah sesuatu dari mereka tetapi melakukan kejahatan dan permusuhan terhadap kamu.

Kesemua mereka akan menaburkan salah faham dan tuduhan-tuduhan kabur terhadap dakwah kamu dan mereka akan terus berusaha untuk melemparkan tuduhan yang mengatakan bahawa dakwah kamu itu tidak sempurna, tempang dan songsang, sekalipun mereka melemparkan tuduhan-tuduhan itu dengan cara yang paling kotor, menggunakan kekuatan dan kekuasaan mereka, berlaku zalim dengan menggunakan harta kekayaan dan kedudukan mereka.

Tidak syak lagi kamu akan mengharungi dan menghadapi perkara-perkara tersebut dalam peringkat ujian dan cubaan, kamu akan ditangkap, dipenjara, dibuang daerah, dipindah dan diporak-perandakan. Segala kepentingan-kepentingan kamu akan dirampas, kerja-kerja kamu akan dibekukan dan rumah-rumah kamu akan digeledah. Boleh jadi masa ujian ini kamu melalui dalam satu jangka waktu yang panjang.

“Apakah manusia itu akan menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?”.- al-Ankabut: 2

Tetapi, ingatlah bahawa setelah ujian-ujian ini, Allah telah menjanjikan akan member pertolongan kepada para pejuang Islam dan ganjaran bagi mereka yang beramal dan berbuat baik.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung. Dan (ada lagi) kurniaan yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin. Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolong (agama) Allah? Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah”, lalu segolongan dari bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang”.- as-Saff: 10-14

Tidakkah kamu akan tetap pendirian untuk menjadi penolong-penolong (agama) Allah?>>

-Kalam dipetik dari risalah ‘Antara Masa Lalu dan Masa KinIi. Imam Hasan al-Banna







Saturday, April 28, 2012

BERSIH UMPAMA PERJANJIAN HILF AL-FUDHUL



“Sesungguhnya Aku telah menyaksikan satu sumpah setia [ perjanjian ] yang dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an . Aku tidak akan suka bahawa aku menerima unta yang hebat sebagai ganti untuk menyalahi sumpah setia itu . Jika Islam mengajak dengan perjanjian yang serupa nescaya aku menerimanya .”- Sirah Ibnu Hisyam dan turut diriwayat di dalam Musnad Imam Ahmad

<< Muafakat PAS bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat itu boleh dianggap sebagai manifestasi pada penyertaan Rasulullah s.a.w dalam 'Perjanjian Fudhul' pada era Jahiliah. Inilah (Perjanjian Fudhul) suatu perjanjian untuk melindungi rakyat marhaen di Makkah (supaya) kezaliman ditolak bersama-sama oleh semua pihak, tidak mengira ideologi dan sebagainya. Sebab itu, kita membawa pendekatan ini (muafakat Pakatan Rakyat) sebagai kaedah politik PAS (yang) secucuk dengan nas ini (Perjanjian Fudhul). Budaya menolak kezaliman di Makkah itu walaupun berlaku ketika Rasulullah s.a.w berusia 16 tahun, tetapi Rasulullah s.a.w mengiktiraf muafakat politik (tahalluf siyasi) tersebut selepas Baginda diangkat menjadi Rasul. Sepertimana maksud Hadith Rasulullah s.a.w tersebut.>>

<< Untuk menumbangkan kezaliman (Umno BN), para pemimpin DAP umumnya bersedia mengiktiraf Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (Hak Istimewa kaum Melayu) dan beberapa kepentingan yang lain. (Keterbukaan DAP) kerana mereka juga menghayati semangat serta kepentingan untuk bersama-sama (melalui Pakatan Rakyat) untuk tumbangkan Umno BN dalam masa terdekat ini (Pilihan Raya Umum ke-13).>>

<< Apa juga ideologi, Parti Rakyat Se-Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) supaya menyertai BERSIH dan apa jua parti sekali pun. Pakatan Rakyat boleh mengurus perbezaan...asalkan atas paksi yang jelas (iaitu) menolak kezaliman. .>>


 
KISAH HIFLU AL-FUDHUL


Hilful Fudhul adalah  perjanjian yang paling terkenal di dalam sejarah semenanjung Tanah Arab sebelum Islam.  Jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bererti "perjanjian yang disertai sumpah yang utama". Nama Hilful Fudhul, diambil dari beberapa nama orang yang mengadakan perjanjian sejenis pada masa sebelumnya. Ketiga-tiga nama orang tersebut masing-masing bernama Fadhal, yaitu


•    Fadhal bin Fudholah,
•    Fadhal bin Wad'ah
•    Fadhal bin al-Harist.

Berdasar pada keterangan kitab Siratul Halabiyah, ketiga-tiga orang tersebut telah mengadakan perjanjian yang bertujuan membela, menolong orang yang teraniaya. Kerana peristiwa perjanjian itu memang penting untuk diperingati dan bagi menghormati ketiga-tiga orang tersebut, maka para ketua Quraisy membulatkan suara menamakan perjanjian itu dengan Hilful Fudhul.

Pada bulan Dzulqaidah tahun ke-20 sebelum kenabian setelah selesai perang Fijar (Harbu Al-Fijar) (antara Quraisy dan Kinanah menghadapi serangan bani Qais Ailan), terjadilah satu kesepakatan atau perjanjian yang dikenal dengan Hilfu Al-Fudhul atau Hilfu Al-Muthayyabin.

Kaum Quraisy membahas berbagai penyebab perang semacam perang Fijar, tersebutlah penodaan kehormatan, penumpahan darah dan perampasan harta. Mereka pun bersepakat untuk membuat keputusan efektif untuk mencegah terulangnya perang Fijar.

Kesepakatan dan perjanjian ini dipelopori oleh Al-Zubeir bin Abdilmuththalib dan terjadi antara Bani Hasyim, Bani Muthalib, Bani Asad bin Abdul Uza, Bani Zuhrah dan Bani Taim di rumah Abdullah bin Jud’an Al-Taimi. Mereka bersepakat apabila mendapati orang dari penduduk Mekah atau luar Mekah yang terzalimi, mereka akan menolongnya dan melawan orang yang menzaliminya sampai mengembalikan hak yang dizaliminya, saling tolong menolong dan mengembalikan hak orang yang dizalimi dari orang yang menzalimi.

Dalam rangka mencegah pecahnya perang serupa, dibentuklah Hilf al-Fudhul (perjanjian damai) pada bulan Dzul Qa’dah, yakni bulan haram. Dalam perjanjian ini bergabung berbagai kabilah suku Quraisy, yakni Bani Hasyim, Bani Al-Muthallib, Bani Asad bin ‘Abdul ‘Uzza, Bani Zahrah bin Kilab dan Bani Tamim bin Murrah. Mereka berkumpul di rumah ‘Abdullah bin Jad’an at-Tamimi, karena dia yang paling tua dan juga dihormati. Mereka berjanji untuk membela setiap orang yang dizalimi dan menindak orang yang berbuat zalim sampai hak orang yang dizalimii dikembalikan. Rasulullah Saw ikut serta dalam persekutuan ini. Setelah Allah Swt memuliakan beliau dengan misi kenabian, beliau bersabda, “Aku telah ikut serta dalam sebuah persekutuan di rumah ‘Abdullah bin Jad’an, yang lebih aku sukai daripada unta merah. Seandainya dalam Islam hal itu diserukan niscaya aku menyambutnya.”
Persekutuan ini langsung melaksanakan kesepakatan tersebut. Az-Zubair bin ‘Abdul Muthallib pun menyenandungkan syair karena bersuka cita atas terbentuknya persekutuan ini,
 
Orang-orang yang utama saling berjanji dan bersekutu untuk tidak membiarkan seorang zalim pun di Mekah.
Perjanjian dan kesepakatan mereka itu menyelamatkan para tetangga dan juga mereka. Diceritakan bahawa seorang lelaki dari Bani Khats’am datang ke Makkah al-Mukarramah membawa putrinya yang sangat cantik. Seorang pemuda melihatnya dan menghampirinya lalu merebut dan melarikan gadis itu dari ayahnya. Al-Khats’ami minta tolong kepada orang-orang. Mereka mengatakan, “Kamu harus minta tolong kepada anggota persekutuan damai Hilf al-Fudhul.” Maka dia pun berdiri di depan Ka’bah dan berseru, “Wahai anggota Hilf al-Fudhul, wahai anggota Hilf al-Fudhul!”

Para anggota Hilf al-Fudhul pun segera datang membawa pedang untuk menyambut seruannya, mereka bertanya, “Hartamu dirampas?” “Nabih bin Hajjaj merebut anak gadisku dan melarikannya,” jawabnya.
Mereka pun pergi bersama lelaki itu ke rumah Nabih bin Hajjaj dan memanggilnya. Nabih keluar dari rumahnya. Mereka berkata kepadanya, “Kamu telah menzalimi orang ini dengan menculik putrinya, kembalikan dia kepadanya!” Dia pun segera mengembalikannya kepada ayahnya. Begitulah keadaan kota Mekah setelah diadakan perjanjian damai.


FAEDAH KISAH INI

1.  Apabila para ahli jahiliyah menolak kezhaliman kerana faktor fitrah mereka maka tentunya kaum muslimin lebih pantas lagi menolaknya, namun harus kerana faktor akidah, sebab Islam sangat memerintahkan umatnya untuk tidak zhalim.

2.  Perang Al-Zubair dalam kisah ini menunjukkan tingkat kehormatan tokoh keluarga Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan keutamaan mereka atas yang lainnya.

3.  Kerosakan yang tersebar dalam satu budaya sosial atau masyarakat tidak bererti hilangnya seluruh kebaikan dan keluhuran budi pekerti, sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia.”

4.   Kisah ini menunjukkan bahwa Islam membenarkan supaya membela orang yang terzalimi dan menahan orang berbuat zalim. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sabdanya, “Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi.” Mereka bertanya, ‘Wahai Rasulullah, demikian kita menolong orang yang dizalimi, lalu bagaimana kita menolong yang berbuat zalim?’ Beliau menjawab, ‘Menahannya (berbuat zalim)’”.





 
KESIMPULAN

Sikap positif Rasulullah SAW terhadap Hilful Fudhul menegaskan betapa Islam mendukung sebuah perjanjian yang sarat dengan nuansa perlindungan dan pembelaan hak asasi manusia, walaupun inisiatif dari perjanjian tersebut datang dari kalangan non muslim, dan bahkan sebelum masa kerasulan nabi Muhammad SAW lagi.

Hadis tersebut menunjukkan sikap Nabi SAW yang sangat prihatin terhadap sebarang pakatan atau tindakan untuk menentang kezaliman . Biarpun sumpah setia ini berlaku sebelum kebangkitan Nabi SAW sebagai Rasul akhir zaman , tetapi naluri seorang nabi sangat terkesan dengan sebarang tindakan yang dilakukan untuk menentang kezaliman .

Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai keterlibatan beliau di dalam peristiwa Hilful Fudhul di zaman jahiliyyah, baginda menyatakan, jika peristiwa Hilful Fudhul (dimana mereka bahu-membahu untuk kemenangan) terjadi di masa kenabian maka Rasul memilih untuk ikut serta di dalamnya. Dalam kesempatan lain Rasul pernah meminta pertolongan Muth’am bin Ady seorang Nasrani untuk kemanfaatan dakwah. Gambaran tersebut menunjukkan sejauhmana semua peluang dan kesempatan digunakan untuk kemaslahatan dakwah.

Dengan mengacu kepada peristiwa Hilful Fudul marilah kita renungkan hikmah dan pelajaran yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam kehidupan kita. Diantara bentuk komitmen keimanan seseorang adalah kepekaannya terhadap masalah-masalah yang ada di sekitarnya. Ia dituntut untuk menjadi pelaku dan  penggerak dalam semua dimensi kebaikan bukan sebagai penonton, penghambat dan pengacau.

Wallahua’lam..

Sumber:
http://www.harakahdaily.net
http://tintamahasiswa.blogspot.com
Majalah Nikah Vol4 No9, Desember 2005
http://al-kauny.com





Monday, April 16, 2012

JIWA SUKA DUKA


Kehidupan seakan roda yang kadangkalanya kita merasa gembira, bahkan juga merasa duka. Perasaan suka dan duka silih  berganti tanpa isyarat yang nyata. Terkadang hati ini lara dengan keseronokan dan akhirnya berakhir dengan linangan air mata.

Manusia sering lupa tatkala hati riang gembira, hati mereka tika itu lara dengan gelak ketawa, hatta lupa ada yang akan menangis kerana terluka. Siapa yang akan menduga jika diri tidak mengingatkan jiwa.

Wahai jiwa...
Tika kau bergelak ketawa,
Kau merasakan dunia ini kau yang punya,
Namun kau lupa,
Jiwa ini juga punya duka,
Hatta kau terjerat dengan suka
Yang menyebabkan duka itu menghiba jiwa.

El-nurane Abbasiah 16 April 2012 9.55 am

eyes of views


Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>