Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Thursday, April 15, 2010

RAWATAN AWET MUDA MELALUI KAEDAH AKUPUNKTUR



Perkataan ‘Akupunktur’ (Acupuncture) berasal daripada perkataan bangsa Eropah yang membawa maksud ‘mencucuk dengan jarum’. Ia merupakan istilah yang dicipta oleh Doktor Belanda iaitu Willem Ten Rhyne yang memperkenalkan kaedah akupunktur di Eropah dan Jepun.

Legenda mengatakan bahawa sistem akupunktur berkembang apabila mengendalikan masalah rumit, di mana doktor berjaya mengubati dan memulihkan semula askar-askar yang luka akibat terkena panah di medan perang. Bahkan, mereka juga turut sembuh daripada penyakit-penyakit lain yang telah dialami.

Akupunktur boleh juga dijadikan sebagai rawatan awet muda, di mana ia hanya menggunakan jarum yang terlalu halus, bahkan kaedah suntikan ini tidak menggunakan sebarang ubat. Namun, suntikan tersebut mestilah menepati kawasan yang ditetapkan dalam perubatan akupunktur supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang diingini.

Rawatan awet muda yang dilakukan melalui kaedah akupunktur mempunyai banyak keistimewaan dalam perubatan. Ini kerana, setiap suntikan yang dilakukan dapat juga merawat dan mencegah penyakit lain yang terselindung dan tidak diketahui. Selain itu, kelebihan lain misalnya, suntikan yang dilakukan di dahi dan bahagian atas kening dapat merawat penyakit mata, suntikan di bahagian antara hidung dan bibir pula dapat merawat dan mencegah penyakit sawan, manakala bagi bahagian hidung pula dapat merawat penyakit resdung. Oleh itu, ia memang bersesuaian dengan matlamat kaedah akupunktur iaitu kaedah yang merawat penyakit dan gangguan dalaman badan, di samping segala kedutan di wajah akan hilang.


Tambahan lagi, suntikan akupunktur yang disuntik di bahagian pipi dapat melancarkan peredaran darah di muka, dan pada masa yang sama akan menyebabkan muka seseorang menjadi segar, tegang dan tidak berkedut kerana perjalanan darah yang lancar. Rawatan ini sesuai bagi seseorang individu yang mempunyai masalah kebas di bahagian muka disebabkan perjalanan darah tidak lancar. Masalah penyakit ini akan membuatkan kulit wajah seseorang menjadi kusam, kering, tiada kelembapan dan berkedut. Oleh itu, rawatan ini dapat menggerakkan otot muka apabila jarum yang di masukkan dapat menghasilkan gelombang elektrik supaya ia merangsang perjalanan darah di bahagian yang disuntik tertentu.

Penggunaan jarum suntikan akupunktur yang digunakan amat berbeza dengan jarum-jarum suntikan lain kerana ia merupakan jarum yang paling nipis. Jarum tersebut disuntik dan hanya dimasukkan sepanjang 1 cm sahaja, di mana ia hanya melepasi kulit (epidermis) dan mengikut kenipisan otot. Di samping itu, suntikan jarum di dalam kulit tersebut hanya dimasukkan selama 10-15 minit sahaja mengikut kesesuaian. Jika terlalu lama, akan menyebabkan seseorang itu akan terasa sengal dan sakit. Sebelum dan selepas seseorang individu melakukan rawatan akupunktur, mereka akan dinasihatkan supaya membersihkan muka dengan lembut agar kekotoran tidak masuk dan menyerap ke dalam kulit. Setelah itu, seseorang individu tersebut akan mendapati bahawa kesan positif yang berlaku terhadap mereka seperti kulit muka yang tegang, segar dan muda, di samping tidak terjadi kesan negatif.

PENELITIAN KAEDAH ‘YIN’ DAN ‘YANG’

Buku perubatan tentang akupunktur yang pertama diterbitkan ialah ‘Nei Ching Su Wen’ iaitu ‘Perubatan Dalaman Kaedah Klasik Maharaja Kuning’ (Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine). Kewujudan perubatan akupunktur mencapai rekod kejayaan apabila pada masa yang sama doktor yang bernama Pein Chueh berjaya menyedarkan pesakit koma dengan menggunakan kaedah akupunktur ini.

Dalam perubatan cina kuno, pesakit dirawat menggunakan jarum yang disuntik sedikit sahaja ke dalam kulit mereka di kawasan yang dikhususkan dan jarum tersebut disuntik mengikut keadaan sama ada tegak atau serong (tidak ketara). Bahkan, jarum akupunktur disuntik di sepanjang saluran tenaga yang tidak berfungsi yang dikenali sebagai ‘meridian’ yang dipercayai mempunyai kaitan dengan organ-organ dalaman. Jarum-jarum tersebut dikatakan dapat menghalang atau menghilangkan gangguan kesakitan, penambahan, penurunan pengaliran tenaga yang dipanggil ‘Qi’  melalui meridian. Perubatan tradisional cina memperkenalkan tubuh badan yang seimbang di antara dua pertentangan, meskipun dalam fitrah semula jadi, ia saling melengkapi antara satu sama lain yang dikenali sebagai ‘Yin’ yang disifatkan kepada wanita dan ‘Yang’ yang disifatkan untuk lelaki.

‘Yin’ melambangkan lemah, tenang dan kegelapan, kesejukan, kelembapan dan benjolan. Manakala, ‘Yang’ pula melambangkan keganasan, rangsangan, kecerahan, kepanasan, kekeringan dan pengecutan. Ketidakseimbangan ‘Yin’ dan ‘Yang’ merupakan punca sesuatu penyakit. Misalnya, jika terdapat banyak punca daripada ‘Yang’, maka mungkin ia akan menyebabkan kesakitan mengejut, keradangan, kekejangan, sakit kepala atau pening dan tekanan darah tinggi. Begitu juga jika terdapat banyak punca daripada ‘Yin’, yang mana akan menyebabkan kesakitan yang lambat, kesejukan, penahanan bendalir dan keletihan.

Di samping itu, dalam perubatan akupunktur, diagnosis dan rawatan adalah ditujukan kepada ketidakseimbangan tanda yang dikenalpasti dan penyelitan atau penyematan  jarum yang betul di kawasan (point) yang sesuai. Secara tradisinya, terdapat 365 ‘point’ yang dikenalpasti, tetapi telah banyak yang ditemui berkurun abadnya iaitu sebanyak lebih 2000 kawasan ‘point’ suntikan akupunktur.

HUKUM SYARA’ DAN SAINS

Oleh kerana kaedah rawatan akupunktur hanya menggunakan jarum halus yang telah ditetapkan dan tidak menggunakan pelbagai jenis gel, ubat dan sebagainya untuk disuntik ke dalam kulit serta ia tidak menimbulkan sebarang alergi dan keracunan ubat ke atas seseorang yang melakukan kaedah akupunktur ini, di samping tidak mengubah struktur wajah seseorang, maka, kaedah tersebut tidak menjadi masalah dalam rawatan awet muda. Sebagaimana maksud firman Allah Taala: (al-Baqarah: 185)

“Allah berkehendak memberi kemudahan bagi kamu dan Dia tidak menghendaki memberikan beban kesukaran kepadamu”.

Selain itu, Allah berfirman yang bermaksud bahawa: (an-Nisa’: 28)

“Allah berkehendak untuk memberikan keringanan kepadamu kerana manusia itu dijadikan serba lemah”.

Manakala, menurut penjelasan Dr. (H) Che Musa bin Che Muhammad bahawa selain mengubati penyakit yang telah dialami, kaedah tersebut dapat mencegah daripada ‘Facial paralysis’ meskipun seseorang individu tidak menghidap penyakit lumpuh atau penyakit-penyakit lain, ia dapat dijadikan sebagai rawatan pencegah penyakit, di samping rawatan tersebut tidak berlaku sebarang perubahan pada struktur wajah seseorang.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa rawatan awet muda melalui kaedah akupunktur adalah tidak dilarang, malah diharuskan. Apa yang menjadi masalah ialah soal niat seseorang sama ada melakukan rawatan tersebut semata-mata untuk kecantikan mahupun untuk kesihatan.

*Rujukan:
The Reader’s Digest Medical Question & Answer Book.
The Reader’s Digest Family Guide To Alternative Medicine.
Tesis Rawatan Awet Muda. Satu Kajian Dan Pandangan Menurut Perspektif Islam dan Sains.

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>