Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Saturday, March 13, 2010

Takkan Islam hilang di dunia.


“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka diberikan ilmu, kerana kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh, Allah  sangat cepat perhitungan-Nya” – Ali ‘Imran: 19

“Dia (Allah) telah mensyariatkan kepadamu agama yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu tegakkanlah agama (keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya. Sangat berat bagi orang-orang musyrik (untuk mengikuti) agama yang kamu serukan kepada mereka. Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agama-Nya) bagi orang yang kembali (kepada-Nya).” – Asy-Syura: 13

Barangkali negara Barat masih tidak serik dengan penangan umat Islam. Sedang seantero umat Islam mengalunkan selawat ke atas baginda, mereka semakin berani menghina Rasulullah s.a.w dengan tayangan karikatur di dada-dada akhbar yang jelas meledakkan kemarahan umat Islam seluruhnya. Ketidakpuasan hati kufar terhadap umat Islam begitu ketara dan seakan mendabik dada dengan penghinaan ini walaupun perbuatan mereka membuatkan umat Islam ‘makan darah’ dan mengecam mereka. Mereka diibaratkan seperti ‘seekor anjing kurap yang tidak henti-henti menyalak untuk mendapatkan perhatian’.

“Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka (berpegang) pada (tali) agama Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia. Mereka mendapat murka dari Allah dan (selalu) diliputi kesengsaraan. Yang demikian itu kerana mereka meningkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi, tanpa hak (alasan yang benar). Yang demikian itu kerana mereka derhaka dan melampaui batas”. – Ali ‘Imran: 112

Pelukis karikatur, Lars Vilks dikutuk kerana kartunnya yang menghina Rasulullah s.a.w begitu mencetuskan kontroversi dan mengusik sensitiviti umat Islam disiarkan oleh beberapa akhbar yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya, nilai berita yang menjadi kontroversi sememangnya diinginkan oleh setiap yang bergelar wartawan, namun isu yang merangsang masyarakat untuk bertindak melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama sepatutnya disekat. Atas alasan ia adalah sebahagian daripada nilai berita dan tanda kebebasan bersuara, tindakan bodoh tiga akhbar Sweden (Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet) yang menyiarkan lakaran karikatur berkenaan menunjukkan masyarakat Barat tidak mengambil ikhtibar daripada insiden yang hampir sama berlaku terhadap akhbar Denmark, Politiken pada tahun 2008. Bahkan, mereka seolah-olah menjadikan karikatur ini sebagai provokasi terhadap umat Islam dalam arca yang halus.

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)…..” – al-Baqarah: 120

Sweden yang dianggap sebagai sebuah negara bertamadun seharusnya releven dalam bersuara sekalipun kebebasan akhbar tiada hadnya kerana isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam boleh mengganggu-gugat isu keagamaan, keamanan dan kestabilan masyarakat amnya. Halusinasi yang sememangnya dirancang oleh negara Barat yang busuk hati terhadap umat Islam semakin hari menunjukkan ‘belangnya’. Pelbagai tindakan tidak beradab yang dimainkan oleh negara Barat begitu menjelakkan umat Islam dan mencipta variasi yang berbeza untuk mendapatkan perhatian umat Islam hatta mencetus kemarahan penganutnya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi teman orang-orang yang di luar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak henti-henti menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh, telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat. Sungguh, telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat Kami, jika kamu mengerti. Beginilah kamu! Kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukaimu, dan kamu beriman kepada semua kitab. Apabila mereka berjumpa kamu, mereka berkata, “Kami beriman”, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari kerana marah dan benci kepadamu. Katakanlah, “Matilah kamu kerana kemarahanmu itu!” Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala isi hati. Jika kamu memperolehi kebaikan, (nescaya) mereka bersedih hati, tetapi jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, tipu daya mereka tidak akan menyusahkan kamu sedikitpun. Sungguh, Allah Maha Meliputi segala apa yang mereka kerjakan” – Ali ‘Imran: 118-120.

“AHMADI YA HABIBI SALAMUN ‘ALAIK”.

“Sungguh, Kami mengutus engkau (Muhammad) sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan agama-Nya, membersarkan-Nya dan bertasbih kepada-Nya pagi dan petang”. – al-Fath: 8-9

“Muhammad itu bukanlah bapa dari seseorang di antara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – al-Ahzab: 40

Sebagai umat Islam yang mempunyai jiwa muslimin yang hakiki, sentuhan nada yang menyemarakkan semangat juang dan doa sebagai pedang umat Islam, tiada lagi yang perlu dilengahkan setelah isu Islam disensasikan dalam bentuk penghinaan. Malah, umat Islam seantero dunia perlu sepakat mengadakan ‘pemboikotan’ terhadap semua produk dari Sweden sebagai balasan terhadap kebiadaban mereka terhadap Rasulullah s.a..w khasnya dan umat Islam umumnya. ‘Takkan Islam hilang di dunia’, sekalipun tanggapan dan tohmahan negatif, hatta pelbagai cara dilakukan oleh pihak kufar untuk menjatuhkan Islam.

“Dan betapa ramai nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. Dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa, “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir”.” – Ali ‘Imran: 146-147

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>