Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Thursday, April 1, 2010

April Fool. Siapa yang ter ‘fool’?

April datang lagi. Gamaknya, ramai yang dah lama plan untuk mengenakan rakan-rakan. Bukan meniru budaya barat, tetapi sekadar keseronokan hidup berkawan. Biasalah, bila lagi nak ‘trick’ member kamcing. Bila tiba bulan April, teringat aku dengan satu kenangan menyakat member. Alahai, teringat balik, kesian plak dengan member-member yang bertuah bulan april tu. Ni baru je kali pertama aku ‘plan jahat’, saje nak try, kot2 mengena. Event ni berlaku time tingkatan 3, almaklumlah budak sekolah, otak gitu-gitu skit.

Kisahnya bermula camni. Aku ngan geng ‘4 group girl’ dah lama plan nak kenakan member ni. Bukan pe, nak dikatakan musuh turun-temurun, xplak berperang. Maybe perang dingin kot.  Dalam kelas aku tu, genap  akhawat 10 orang dan ikhwah jugak 10 orang. Kira kalo ‘couple matching’ adil la. Disebabkan bilangan genap nilah plan April fool kitorang berjaya. Biasanya tiap hari kul 3 pm, kitorang akan buat study group untuk exam PMR tahun tu, tapi 1 April tu kitorang tukar plan study group kpd plan april fool. 1 hari ni jer nak rest otak skit.

Senarai nombor telefon semua ikhwah dalam kelas dah tersenarai. Bijak ek, siap klentong guru kelas lagi, kata nak cek alamat kitorang, betul ke tak, tapi punyer plan sebaliknya. Mulalah kitorang mendail nombor telefon ikhwah ‘the lucky number one’ ni. Hah, menjadi. Mujur lah dia sdri yang angkat. Kawan aku yang menyamar jadi ‘secret admire’ mangsa pertama ni bleh tersenarai pelakon terbaik gamaknya. Sampaikan mangsa pertama ini percaya masak-masak. Xkurang jugak yang bunyi macam ketar lutut. Maybe xpernah kenal pompuan kot. Seterusnya begitulah, masing-masing bergilir-gilir mendail nombor bertuah yang dipilih. Nak tahu apa yang kitorang foolkan member ni? 

Member: “Hello, bleh saya cakap dengan ……?
Mangsa: “Ya saya. Siapa ni?”
Member : “Maaf lah kalo saya mengganggu. Saya….. Mungkin awak tak pernah kenal saya, tapi saya pernah tengok awak kat…. Boleh saya berkenalan?
Mangsa: “Emm… Sebelum apa2, saya nak tahu, kat mana awak amik nombor telefon saya ni yer? “
Member: “Biasalah, kalo dah minat, nombor telefon pun cam petik jari jer mudah cari. Bleh ker tak ni saya berkenalan dengan awak? Takkan nak kenal pun xboleh kot?”
Mangsa: “Oh, camtu ker. Cam tak percaya plak ek, terkenal gak saya ni. Ker awak saje nak kenakan saya ni. Cakap betul2…”
Member: (Hampeh tul) “La, xkan saya nak tipu awak pulak. Siapa lah saya ni kalo nak dibandingkan dengan awak tu”. 

Begitulah reaksi mangsa2 seterusnya. (Dah mengena la ni…mujur ler mangsa2 tu tak cam suara kitorang ni. Skrip pun guna yang sama.) (loghat klate)

Keesokan paginya, terpampang di papan hitam “APRIL FOOL!! SORRY FOR EVERYTHING”. Salah sorang ikhwah siap baca dengan volume tinggi lagi. Tunduk malu semua pelajar ikhwah dalam kelas kitorang. Masing-masing malu nak buka cerita diorang semuanya mangsa April Fool kitorang. Soksek-soksek bunyinyer. Kitorang plak, wat muka slumber jer time tu, biarpun nak tersedak gelaknya.  Siap suspect sorang pelajar dari kelas lain pulak. Mungkin nama samaran yang kitorang guna tu kebetulan sama ngan nama dia kot. He3. :p

Kalo salah sorang dari korang terbaca kisah ‘april fool’ dalam blog aku ni, sori bebanyak ek. Jangan plak berdendam. Kitorang dah tobat dah. Biasalah tu…kisah kena-mengena ni adat resam sorang remaja. Xplak aku cite psal korang letak ‘katak’ dalam kolam KHB buatan kitorang ri tu, sampai perang besar jadiknya. Muka korang time tu slumber jer. Sengal tul.

Kepada rakan taulan yang dah lama plan nak mengenakan si mangsa, lupakan lah niat korang tu. Bukan pe, mana tahu plan korang xmenjadi, nanti korang plak ter’foolnyer. Bukan mudah nak foolkan rakan-rakan ni. Tak ker tersalah haribulan, korang plak yang dikenakan. Tak lagi tengok mood si mangsa.  Apa-apapun, kekadang keseronokan hidup yang kita rasakan manis tu boleh bertukar menjadi pahit. Hati-hati yer. 

“Usah terlalu ghairah dengan dunia hari ini kerana apa yang buruk itu ada di depan mata. Tanpa pegangan hidup yang kuat, tidak mustahil kita akan hanyut dalam arus keseronokan.”
(Sekadar renungan bersama)

p/s:jangan jadikan kenangan april fool ni sebagai contoh yer...taktik ni dah lapuk dah.

1 comment:

  1. hahahaha...truly la sis..sy mmg mls nk bace blog yg ade post ayt pnjang2 mcm ni..tp best lak da bace..

    mmg lawak la..haha.sy ketawa sorg2..perancangan yg bernas...

    ReplyDelete

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>