Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Friday, February 26, 2010

Al-Amin sentiasa di sanubari


“Kami tidak mengutuskan engkau melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam”

Tibanya maulidur Rasul 12 Rabiul Awal bagaikan ‘Tak  lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ jika tidak berselawat ke atas Al-Amin s.a.w. Ironinya, tidak ramai menghayati butir selawat itu, bahkan sekadar di hujung telinga sahaja. Apakah hati tidak jua terasa hangat bila mengalunkannya?

Sirah Rasulullah s.a.w penyuntik minda


Ketika Kota Mekah sedang menghadapi suasana cemas kerana pencerobohan tentera musuh dari Yaman di bawah pimpinan Abrahah untuk memusnahkan Kaabah, maka pada saat itu lahirlah seorang cahaya mata lelaki dari keturunan bangsawan Quraisy, dari Nabi Ibrahim a.s tanggal 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 570 Masihi. Tahun tersebut dikenali sebagai ‘Tahun Gajah’ sempena berlakunya serangan daripada tentera bergajah ke atas kota Mekah.

Peristiwa tersebut telah dirakamkan oleh Allah Taala, yang mana kisahnya sungguh luar biasa kerana rancangan jahat Gabenor Yaman yang beragama Nasrani untuk merobohkan Kaabah telah dipatahkan oleh sekumpulan burung Ababil dengan kehendak Allah Taala.

Firman Allah Taala: “Tidakkah  Engkau (Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap pasukan bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu darfi tanah liat yang dibakar, sehingga mereka dijadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan ulat”. –al-Fil: 1-5

Kelahiran seorang bayi yang bernama Muhammad oleh datuknya, Abdul Mutalib memberi erti yang besar dalam sejarah kehidupan umat manusia di bumi ini dan bermulalah titik-titik kegemilangan suatu tamadun yang diasaskan atas nilai akidah yang unggul.

Telah ditakdirkan Muhammad tidak sempat mengenali wajah ayahandanya, Abdullah kerana beliau telah meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya. Bahkan, setelah baginda berusia 6 tahun, ibunya pula meninggal dunia. Sebagai yatim piatu, baginda diasuh dan dijaga oleh datuknya dengan penuh kasih sayang sehinggalah dua tahun kemudian datuknya pula menyahut seruan ilahi. Baginda kemudiannya dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib hatta meningkat dewasa.

Perlantikan menjadi Rasul

Genap angka 40 tahun, Muhammad dilantik menjadi Rasul terakhir untuk menyeru dan mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah yang Maha Esa.  Perintah rasmi pertabalan sebagai Rasul bilamana turunnya ayat pertama. iaitu dari surah al-‘Alaq.

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Sesekali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas, apabila melihat dirinya serba cukup. Sungguh, hanya kepada Tuhanmulah tempat kembalimu. Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang seorang hamba ketika dia sedang melaksanakan solat? Bagaimana pendapatmu jika dia (yang dilarang solat itu) berada di atas kebenaran (petunjuk), atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)? Bagaimana pendapatmu jika dia (yang melarang itu) mendustakan dan berpaling? Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala perbuatannya)? Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka), iaitu ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka. Maka, biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah (penyiksa orang-orang yang berdosa), sekali-kali tidak! Janganlah kamu patuh kepadanya dan sujudlah serta dekatkanlah (dirimu kepada Allah).” – al-‘Alaq: 1-19

Kemudian, ia disusuli dengan surah al-Muddasir ayat 1-7:“Wahai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji, dan janganlah engkau (Muhammad) memberi (dengan maksud) memperoleh balasan yang lebih banyak. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah”.

Dengan berbekalkan kecekalan dan kesabaran, baginda menerima seruan dari Allah Taala. Kejayaan Rasulullah s.a.w bukan sahaja setakat mengubah kepercayaan umat Arab yang begitu tebal dengan anasir-anasir khurafat, tahyul dan syirik, bahkan juga sekaligus dapat merubah keseluruhan struktur yang wujud dalam masyarakat termasuk struktur politik, sosial, kebudayaan dan ekonomi yang menjadi asas kepada proses ketamadunan manusia dengan berteraskan kepada wahyu Allah Taala yang diturunkan secara berperingkat iaitu Al-Quran. 

Semoga dengan sedikit gambaran Al-Amin Rasulullah s.a.w memberi semangat dan panduan kepada kita penyambung dahwah baginda.Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>