Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Friday, January 1, 2010

1431 H = 2010 M. The future of Islamism.



Honestly, aku sepatutnya merencanakan kehidupan ini tepat 1 Muharam, namun masalah kesihatan abah kritikal tika itu, tetapi doa tahun baru tidak ku lupai. Bagi aku, inilah yang dikatakan ‘The adventure of 1431 H’. Keceriaan wajah abah dahulunya meredakan hati kami, kini semuanya lesu tanpa bicara. Alhamdulillah ingatan abah masih segar dan apa yang kami harapkan, abah sentiasa mengingati Allah sehingga akhir hayatnya. Setidak-tidaknya, kami telah belajar menghayati nikmat kesabaran dan redha atas segalanya dan tidak pula membiarkann kesedihan menyelubungi diri bagaikan ‘laila dan majnun’.

“Alangkah gelapnya dunia ini ku pandang. Alam telah lengang dan sunyi, tidak ada gerak yang membangunkan semangatku lagi. Malam seakan-akan terus-menerus sahaja, tidak sedikit juga berganti dengan siang. Kadang-kadang ku rasai badan ku bagaikan orang yang terpencil jauh di tengah padang yang tandus, tidak ada orang yang lalu lintas ke sana, tidak ada kali yang mengalir, tidak ada daun yang digerakkan angin. Seakan-akan aku sudah terbuang, mencari jalan dan  ikhtiar untuk keluar dari tempat itu, tetapi jalan tidak kelihatan. Aku menunggu kelepasan dengan sabar, tetapi hanya maut yang melayang-layang ditentang ubun-ubunku. Bilakah masa itu akan datang?”
- Sedikit petikan dari Novel ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ yang dianggap sebagai roman Hamka yang terbaik.

Hari-hari yang berlalu bagaikan sungai yang mengalir tanpa henti, masakan diundur arus air itu walaupun variasi pemikiran manusia berfuture 2020 sekalipun. 2010 Miladi bersamaan 1431 Hijrah hari ini bagaikan satu cabaran buat kita. ‘The Adventure of 2010’ sebagai penantian yang ditunggu-tunggu oleh pemikir antarabangsa. Mujur juga 1 Januari 2010 jatuh pada hari Jumaat, sekurang-kurangnya umat Islam yang masih kurang didikan Islam menghormati penghulu segala hari ini. Walaupun seantero dunia lebih mementingkan bulan dan tahun Masihi, namun 1 Muharam lebih bermakna dalam hidup umat Islam kerana setiap nafas yang terhembus bagaikan melayang-layang untuk mencari kebenaran yang masih kabur.

Senario masyarakat Malaysia yang ghairah menyambut 2010 kini sedikit reda berbanding dahulunya. Mungkin kesedaran tarbiah Islam yang menular tanpa henti sedikit sebanyak menginsafkan umat manusia. Barangkali, seantero manusia kini tidak mahu terperangkap dalam zon selesa yang membuatkan mereka tidak dapat berbicara bak tempurung diserkup ke atas kepala mereka. Bahkan, zon selesa inilah yang membuatkan mereka tidak sedar lapisan atmosfera semakin nipis dan pinggir sungai semakin terhakis kerana asyik terlena dalam ‘keempukan’ hidup. Malah, sebagai umat Islam yang mengharapkan tarbiah Islam, mereka akan mendapat kerugian kerana menidakkan perintah untuk memajukan diri, lebih-lebih lagi memulakan hidup baru pada tahun hijrah ini.

Apakah kita akan meneruskan kehidupan selesa dengan berkata, “biarlah” atau “abaikan saja” dan membiarkan umat Islam terus dibelenggu oleh pemikir-pemikir zionis yang mencipta tempurung yang bernama ‘zon selesa’? Sedangkan kita tidak suka diganggu dan agak sensitif apabila dicuit. Mereka akan memprovok umat Islam dengan soalan-soalan negatif supaya kita juga akan berfikiran dan mengeluarkan pandangan yang negatif. Bahang ‘perancang politik tanpa parti’ inilah yang perlu diawasi oleh umat Islam kerana kemungkinan kita akan merasa tidak terlibat, tetapi pada masa yang sama kita terkena tempiasnya dan malangnya menjadi mangsa keadaan yang tidak diduga.

Natijahnya, kita perlu berdepan dengan cabaran yang mendepani kita. Banyak perkara di dunia ini yang memerlukan kesabaran. If you think your life now is different, you must take it as a challenge. Life is not always perfect because there have no trouble without patience. Pemikir-pemikir Islam perlu cekap bermain dengan api biarpun ia cuma sebesar ibu jari, namun makna tersirat di sebaliknya bak letupan gunung berapi.

No comments:

Post a Comment

eyes of views


Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>