Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Friday, January 8, 2010

‘ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA’, BUKAN ‘TAK RETI BAHASA’




Firman Allah Taala: “Allah tidak menyukai perkataan buruk, (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui”.- An-Nisa’: 148

Fenomena yang akan aku paparkan ini kerap berlaku di kalangan umat manusia, tidak kiralah pada abad ke berapa sekalipun. Bahkan, scenario ini bukan satu dongengan, tetapi kenyataan yang terjadi di depan mata aku sendiri. Jadi, cerita ini ada kaitan dengan yang hidup (bukan nama Asli), tapi rasanya tiada kaitan yang telah meninggal dunia. Bermulalah alkisah…..

Senario 1:

Mamat : Kak, kat sini ada jual top-up tak?

Kak Bidah : Ooo Mamat, datang dari mana? Bila ko balik?

Mamat : Saya baru je balik pagi tadi, ni pun tak sempat nak rehat.

Kak Bidah : Ko ni Mamat, kenapa la susah-susah datang kedai ni, kalo ko nak top-up, hello jer, bayar bila-bila pun tak pe.

Mamat : La, yer ke kak. Tak tau la pulak sekarang ni semuanya canggih. Susah-susah saya datang dalam hujan lebat ni semata-mata nak dapatkan top-up RM 5

Kak Bidah : (Katak bawah tempurung tul la budak ni) Ko biar betul, takkan la susah payah meredah hujan ko hanya nak top-up RM 5 jer, abis sikitpun biarlah RM 10. Berbaloi.

Mamat : Tak pe la kak, saja je nak keluar cuci mata. Dah lama tak merayau-rayau kat kampung ni, eh…dah jadi bandar dah. Skali-skala balik, singgah jap kedai kak. Almaklumlah, lama tak jumpa ngan Siti.

Kak Bidah : Aih, dah tukar niat ker? Nak top-up ker, saje nk kotorkan mata?

Mamat : Nak top-up…he3 sambil mengerling ke arah aku (Tersengeh malu)

Aku : (Slumber)

* Moral: Niat tu kena betul…takkan la hujanpun sanggup keluar nak beli top-up RM 5, tapi sebenarnya nak jumpa anak dara orang. Tak berbaloi langsung, beban dengan dosa ada la. Kebaikan dan maksiat tak boleh bercampur, nti bala jadinya.


Senario 2:

Tuan Haji : Kira barang ni?

Penjual : (Jari sambil memekan mesin duit ‘Electronic Cash’) RM 10

Tuan Haji : Apa? RM 10! Ko biar betul, mahal tu. Aku beli apa jer ni. (dengan nada marah)

Penjual : Biasa la pakcik, barang semua dah naik, tu pun kami dah kurangkan harga.

Tuan Haji : Memang YES la (Year End Sale). Nah, ambil la duit ni. Kalo barang mahal-mahal camni, baik tutup kedai, tak de org masuk gak (memberi duit sambil mengata).

Penjual : Diam (muka merah)

Aku : Biasa la dik, ‘Costumer is always right’. Tak payah fikir la semua tu. Adik kena fikir positif, maybe tu cabaran dan halangan buat adik dalam dunia bisnes ni.

Penjual : Terima Kasih kak. Semua tu bukan masalah bagi saya, tapi akhlak pakcik tu mencemarkan penampilan dia. Sepatutnya orang yang kopiah atas kepala, tahu adab Islam. Mujur benda ni terjadi pada saya, kalo di kedai cina, tak ke dicebik dek akhlak tak serupa bikin.

Aku :InsyaAllah kita doakan Allah beri petunjuk pada dia. (Aku noktahkan perbualan dengan harapan tu, malas pulak nk panjangkan perbualan)

* Moral: Biar akhlak kita serasi dengan penampilan kita yang di anggap mulia pada pandangan luar. ‘Penampilan melambangkan peribadi’. Jangan cemarkan nama baik Islam dek akhlak kita yang entah apa-apa.


Senario 3:


Siti : Harap bersabar yer encik, mesin photostat ni jam. (Sambil tersenyum memandang seorang lelaki yang segak berkemaja dan agak separuh abad baru sahaja masuk ke kedainya)

Encik : Saya nak 3 salinan..

Siti : 3 salinan yer, tapi boleh encik tunggu sekejap sebab mesin jam jap. Tapi saya kena siapkan yang ni dulu sebab akak tu dah tunggu lama.

Encik : Saya nak cepat ni. Satu lagi, kamu ni tak tahu nak hormat saya ke?

Siti : Emm..apa salah saya? Salah ke saya tegur dan menyapa encik?

Encik : Memang salah. Ada ke saya pakai kemas dan segak macam ni kamu panggil saya ‘pakcik’?

Siti : Tak, saya panggil ‘encik’ bukan ‘pakcik’. (sound trouble ke org tua ni)

Encik : Ah, jangan nak berdalih. Tak nak aku berurusan dengan budak tak reti bahasa ni.

Pelanggan lain, termasuk aku: (Hanya tengok je senario orang tua yang xsedar tua tu)

* Moral: ‘Ukur baju di badan sendiri’. Nampaknya, orang tua sekarang memang tak sedar diri dah tua. Usahkan nak panggil ‘pakcik’ atau ‘makcik’, ‘nenek’ dan ‘datuk’ pun belum tentu dapat panggil.

Firman Allah Taala: “Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu, maka katakanlah, “Salaamun ‘alaikum (selamat sejahtera untuk kamu). Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih-sayang pada diri-Nya iaitu barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, Maka, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang”.- al-An’am: 54

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>