Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Thursday, May 26, 2011

TRANSFORMASI ISLAMISME


Sistem kehidupan manusia ibarat roda yang kadangkalanya berada di atas, dan mustahil tidak merasai injakan bawah sehingga jatuh tersungkur agar manusia bangkit dari kesedaran yang telah dilalui. Nilai kesedaran itulah yang telah membuka ruang kebangkitan Islam yang kini mengatur barisan dan memikirkan strategi untuk menentukan matlamat agama. Malah, pembentukan transformasi Islamisme mula dipraktikkan dalam aspek kehidupan dengan berfalsafahkan Al-Quran dan as-Sunnah secara total.

Dunia kalut berbicara soal kepimpinan yang bertampukkan ketulusan dan kebenaran tanpa menafi sedikitpun suara demokrasi dengan pelbagai taktik kotor yang mengelirukan. Sosio-politik dunia serta-merta mengalami perubahan yang membimbangkan kuasa-kuasa besar dunia. Polisi gerakan Islam yang telah lama dicengkam mula melebarkan sayap seluas-luasnya setelah pola politik Antarabangsa mengalami kegoncangan. Pelbagai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin yang berstatus diktator telah terbongkar menyebabkan seluruh pengkaji politik mula meramalkan bahawa akan berlaku transformasi Islamisme dalam pentadbiran dunia.

“Katakanlah (Muhammad), “Wahai Tuhan Pemilik kekuasaan (kerajaan) alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau merampas kekuasaan dari sesiapapun yang Engkau kehendaki. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Dan Engkai keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan dari yang mati dari yang hidup. Dan Engkau kurniakan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan”. – Ali-‘Imran: 26-27

Perlaksanaan transformasi Islamisme bukan sekadar hakikat yang hanya menyentuh konsep dalaman semata-mata sehingga merasakan perlaksanaan untuk merealisasikan sistem syariat yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah dan dasar perlaksanaan politik Islam terpisah dari taklifan, sedangkan gambaran kehidupan manusia kini kontang dari jalinan tarbiah Islam. Hakikatnya, konspirasi musuh Islam telah lama menyuntik ideologi yang bermadahkan sekularisme dan liberalisme mahupun neoliberalisme yang berpandukan akidah ciptaan manusia bagi menimbulkan keraguan terhadap syariat Islam, hatta nilai dan fahaman Islam berbaur ragid dan tertutup, malah bersifat peribadi.

“Tanda-tanda kekecewaan dan kegagalan musuh itu telah nampak kerana pemencilan bukanlah sifat semulajadi agama Islam, seperti pada hakikatnya ia bukan sifat semulajadi mana-mana agama”. - Sayyid Qutb.

LEMBARAN PROPAGANDA

Serangan yang mempersendakan Islam dengan pelbagai propaganda direka semata-mata kerana kebuntuan hati musuh-musuh terhadap kebangkitan Islam yang meragut kekuasaan mereka. Ironinya, kesedaran umat Islam terhadap kebekuan demokrasi, kemunduran pemikiran dan kemerosotan kehidupan yang begitu daif menyebabkan mereka berani bangkit daripada hidup dalam kerakusan musuh yang mengawal peraturan hidup umat Islam seantero dunia. Bahkan, pendirian Islam tetap teguh bertunjangkan dasar agama yang hebat dan kembali mencetus kebangkitan umat Islam untuk menemui titik transformasi dalam perkembangan suasana natural dan wacana Islamisme yang wujud pada hari ini.

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang kafir membencinya”. – as-Saff: 8

Secara tuntasnya, revolusi dunia mencengkam alasan untuk bersatu, sedangkan musuh Islam yang bertulangkan kuasa besar dunia bijak memperdaya umat Islam dengan cakaran material, pembangunan, mode sosial, politik dan pola pemikiran yang berbisa tanpa meninggalkan parut. Kesannya, aliran pemikiran yang menyesatkan, kerendahan sosio-masyarakat yang menghinakan, aliran pesimis yang memilukan dan kekaburan ajaran agama juga turut melingkari umat manusia. Malah, musuh Islam menguasai agenda dunia dengan lingkaran rasuah, kebobrokan maksiat dan memandu rakus pemimpin yang menafikan demokrasi rakyat, juga memisahkan perjalanan politik seiring dengan agama.  Jiwa musuh Islam penuh dengan kejelekan, hati mereka penuh dengan dendam untuk menjatuhkan Islam dan motif mereka adalah untuk menguasai alam dunia.

“Sesungguhnya, sebelum itu mereka memang sudah berusaha membuat kekacauan dan mengatur pelbagai tipu-daya bagimu (memutarbalikkan persoalan), hingga datang kebenaran (pertolongan Allah), dan menanglah urusan (agama) Allah, padahal mereka tidak menyukainya”. – at-Taubah: 48

LINGKARAN KEJAHILAN MANUSIAWI

Kewujudan sistem yang berteraskan pengetahuan manusia yang bercampur dengan kebatilan akhirnya melahirkan generasi yang dipenuhi dengan kejahilan dan hidup dengan keseronokan dan dibasahi dengan keringat maksiat yang telah lama sebati dalam jiwa manusia. Dimensi dunia yang mengecewakan dan kehampaan dengan sistem, nilai, bimbingan dan akhlak umat Islam kian punah kerana memperhambakan diri kepada dunia.

“Dan di antara manusia ada yang membantah tentang Allah tanpa ilmu dan hanya mengikuti para syaitan yang sangat jahat, (tentang syaitan) telah ditetapkan bahawa sesiapa yang berkawan dengan dia, maka dia akan menyesatkannya, dan membawanya ke azab neraka”. – al-Hajj: 3-4

Penghayatan Islam pula dirasakan menghambat nafsu, mereka mula berfatwakan kebodohan demi mempertahankan dosa yang dianggap pahala. Malah, sosio-budaya yang melampau telah menjamah kesucian Islam, tiada lagi kehormatan yang mempertahankan keaiban, malah kesongsangan fitrah manusia merakus nafsu dalam menjamu senario kehidupan, sedangkan mereka telah dibelenggu dengan tipu daya musuh yang mengimpikan fenomena ini berlaku.

“Dan orang-orang yang kafir, perbuatan mereka seperti fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi tidak ada apa-apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah baginya. Lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan (amal-amal) dengan sempurna, dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. Atau keadaan orang-orang kafir seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh gelombang demi gelombong, di atasnya ada (lagi) awan gelap. Itulah gelap gelita yang berlapis-lapis. Apabila dia mengeluarkan tangannya hampir tidak dapat melihatnya. Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) dari Allah, maka dia tidak mempunyai cahaya sedikitpun”. – an-Nur: 39-40

JARINGAN MUSUH ISLAM

Karektor musuh dengan identiti yang mengelirukan bukan sahaja menjerat umat Islam, malah kedaulatan Islam juga turut terancam kerana asas motif mereka menjalar seiring dengan perjalanan ideologi yang penuh dengan penipuan dan karut. Mulalah mereka merebut takhta pentadbiran atas nama kebajikan, sedangkan motif sebenar tersirat di hati mereka. Pelbagai hub yang melalaikan dicipta, menyerap hiburan yang mengghairahkan dan mengatur kehidupan umat Islam seperti boneka. Mereka hanya tersengih menampakkan taring, menjeling dengan pandangan mata yang berbaur jelekan. Sensitiviti Islam terusik, sedangkan umat Islam tidak sedar bahawa mereka telah dipermainkan.

“Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apapun dari Allah, kecuali kerana (siasat) menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya, dan hanya kepada Allah tempat kembali”. – Ali ‘Imran: 28

Hakikat ini menyebabkan umat Islam tidak dapat melarikan diri dari cengkaman musuh dengan matlamat yang boleh membunuh akidah umat Islam. Ini menjadi punca munculnya perbagai mode kehidupan yang melaungkan Islam pada nama semata-mata, tanpa menjadikan Islam sebagai gaya hidup mereka. Konsep kepercayaan terhadap Islam mula longgar dan metod pemikiran juga kosong dengan teras Islam, apatah lagi melahirkan pemikir-pemikir Islam yang akan mewarnai daulah Islamiah.

Taksiran ekonomi juga telah disatukan dengan fahaman materialisme sebagai dasar perkembangan ekonomi dunia tanpa mempedulikan hakikat ekonomi Islam yang berteraskan hukum Allah. Maka, kontradiksi ini mencetus berlakunya perkembangan dan perubahan dalam ekonomi Islam, akhirnya ekonomi dunia diragidkan dengan kiraan barat yang menghalalkan riba, rasuah dan judi.

Jaringan musuh juga mengikat seluruh manusia dengan tafsiran pemikiran yang singkat, malah nafsu dan emosi mereka turut berubah mengikut urbanisasi manusia, hatta membentuk pola pemikiran yang bertentangan dengan Islam. Maka, tiket realisme pula tiba-tiba menyebabkan perpecahan antara agama dan hakikat kehidupan. Mereka berfatwakan teori dan fakta yang kononnya releven, sedangkan tidak ada ertinya kehidupan yang tidak bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah walaupun mereka merasakan ideologi itu telah meliputi seantero dunia.

“Dan Allah lebih mengetahui tentang musuh-musuhmu. Cukuplah Allah menjadi pelindung dan cukuplah Allah menjadi penolong (bagimu). (iaitu) di antara orang Yahudi, yang mengubah perkataan dari tempat-tempatnya. Dan mereka berkata, “Kami mendengar, tetapi kami tidak mahu menurutinya”. Dan (mereka mengatakan pula), “Dengarlah”, sedang engkau Muhammad sebenarnya) tidak mendengar apapun. Dan (mereka mengatakan) ra ‘ina (perhatikan kami) dengan memutarbalikkan lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan , “Kami mendengar dan patuh, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami”, tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, tetapi Allah melaknat mereka , kerana kekafiran mereka. mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja”. – an-Nisa’: 45-46

ANJAKAN REFORMASI

Jeritan reformasi akhirnya digeruni kuasa-kuasa besar sebagai tanda amaran terhadap rantaian kongkongan pemerintah yang hanya mementingkan kekuasaan dan material semata tanpa mempedulikan sosio-masyarakat dan tamadun kemanusiaan, apatah lagi memandang mentaliti Islamisme.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Celakalah (nasib) abdi dinar, celakalah (nasib) abdi dirham, celakalah (nasib) abdi qutaifah (sejenis matawang)”. – HR Bukhari dan Abu Hurairah.

Sumber kekayaan dunia, sentimen politik, kebebasan demokrasi dan suara media dimonopoli oleh pemimpin diktator yang memberi ruang sempit kepada gerakan Islam, selain mencipta pelbagai propaganda bagi menjatuhkan kedaulatan Islam. Meskipun demikian, umat Islam terus bangkit dengan satu tanggungjawab serius untuk membebaskan rantai yang telah lama menjerut pergerakan mereka.

Motif apa yang menjerat kita untuk bangkit dari lesu bersuara, kaku berbicara tentang kebenaran, dan berdiri di landasan yang telus dari kebatilan, hatta menggabungkan diri ke dalam Islam? Mungkinkah kerana takut kehilangan kuasa atau pengaruh dunia? Atau mungkin nafsu material menguasai jiwa? Hakikatnya, umat Islam terancam dengan kewujudan zon selesa yang begitu dianggap melemahkan, di samping wujudnya individu yang khayal dengan keseronokan dan melahirkan masyarakat yang berorientasikan teori barat yang boleh mempengaruhi psikologi, mental, politik dan sosial umat Islam.

“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi, barangsiapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”. –an-Nur: 55

Umat Islam harus sedar bahawa keseronokan dunia bukan motif untuk hidup di dunia, bukan tempat untuk mencipta kerakusan nafsu dan kuasa, bahkan bukan peralihan untuk mengembangkan dasar musuh, sehingga melupai tuntutan mempertahankan addin dan perlaksanaan sistem Islam yang telah lama termaktub. Hakikatnya, pembinaan dasar Islam bukan sekadar memiliki nama Islam, tetapi cetusan ‘transformasi Islamisme’ yang sebati dalam jiwa mereka. Bahkan, tanggungjawab sebagai khalifah yang terpikul di pundak masing-masing seharusnya mendorong kita membina keyakinan dan keimanan yang utuh serta berperanan di bumi, sekaligus meneutralkan kesongsangan hidup umat Islam.

“Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda-gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatannya sendiri…”. – al- An‘am: 70

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>