Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Sunday, September 5, 2010

La tansa zikrullah

“Tidakkah engkau Muhammad tahu bahawa kepada Allah-lah bertasbih apa yang ada di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing sungguh telah mengetahui (cara) berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan”. –An-Nur: 41

 “Ana isytaqtuki ya habibaty”. Terasa dihargai bila kata-kata itu keluar dari bibir seorang kawan berbangsa Arab. Kami berpelukan kerana saban tahun tidak bertemu. Sedikit berbual dan bertanya khabar, kami terpaksa juga berpisah tatkala masing-masing mempunyai tanggungjawab lain. Diselit dengan titipan “La tansa zikrullah”, kami masing-masing mengenggam tangan sambil menganggukkan kepala tanda “Aku berjanji”.

 “Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingati (nama-Nya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang”. –Al-Ahzab: 41-42

Alhamdulillah terasa kerinduan menyuarakan hasrat dakwah diberi kelapangan hari ini. Tatkala mengisi bulan penuh rahmat dengan tuturan Kalamullah dan zikrullah, hati menjadi tenang dari segala duka dan lara. Ramadhan kareem yang belum tentu dinikmati akan datang sedang mengatur saat dan membilang hari untuk berlalu, namun terpisahkah ibadat dan amalan soleh kita saat Ramadhan berlalu pergi? Ibarat, kerinduan seorang teman membilang hari-hari untuk bertemu. Kita bertemu dan berpisah bukan kerana nafsu benci tetapi ukhuwwah fillah. Inikan pula kerinduan seorang hamba yang mendambakan cinta dari Ilahi, sudah tentu ingatan dan fikiran hanya kepada-Nya.

“Apabila cinta kepada Allah sampai ke lubuk hati, maka semua cinta kepada selain-Nya akan tersingkir”-Imam Al-Ghazali

Tiada hiburan yang lebih tenang setenang zikir kepada Allah, tiada yang lebih sempurna dari manuskrip ayat Allah, tidak pula lapuk dan hilang dari pandangan-Nya. Kadangkala kita diduga dengan ‘alpa’ kepada Allah. Tidak sedar akan perbuatan yang dilakukan, malah tidak pula merasai dosa yang ditanggung kerana bagi manusia, dosa itu tidak terlihat, biarpun Raqib dan ‘Atib sentiasa bersiap sedia mencatit amalan kita, adakah sesuai dicatit di sebelah pundak kiri atau kanan. 

“Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. –Al-‘Ankabut: 25 

Apapun yang telah berlaku, biarlah diikuti dengan ‘taubat nasuha’ agar kenangan lalu menjadi ‘ibrah kepada kita, hatta perjalanan hidup seorang yang bergelar ‘hamba’ benar-benar diredhai Allah.

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>