Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Sunday, August 15, 2010

UKUR DI UMUR SENDIRI


Sinonimnya, pertanyaan tentang umur sering dikaitkan dengan soal jodoh, biarpun jodoh itu juga satu ibadah. Kita kadangkala galak membicarakan tentang ini, lantas terlupa tentang satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita, iaitu persoalan tentang amalan untuk bekalan ukhrawi. Secara rutinnya, seluruh manusia, biarpun berlainan agama dan bangsa memegang bahawa amalan ibadah satu pendekatan diri untuk mencapai level rohani. Namun, tidakkah kita sedar bahawa umur yang semakin meningkat dan jangka masa seakan kilat meninggalkan kita jauh dari jangkauan pemikiran. Cukupkah amalan ibadah dilaksanakan sebanding dengan tahap umur kita tika ini? Atau kita berpegang dengan prinsip ‘Age ain’t nothing but a number’?

“Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu kembali (pada hari kebangkitan. Sungguh, manusia itu sangat kufur nikmat”. – al-Hajj: 66

Cuba ukur umur kita menggunakan pembaris. Ambil sebatang pembaris dan lihatlah umur kita kini hingga kebiasaan umur kematian. Sebagai contoh; jika kita berumur 25 tahun, berapa lamakah jarak tempoh umur kita sehingga umur 65? Masih lama atau singkat?

“(Cahaya itu) di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebutkan nama-Nya, di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang, orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari Kiamat), (mereka melakukan itu) agar Allah memberi balasan kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan agar Dia menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa batas.”- an-Nur: 36-38

Nah, bayangkan amalan yang telah kita laksanakan? Berbaloikah dengan umur kita? Sedang masih ramai yang alpa dalam dunia fantasinya, sibuk mengejar material semata hingga lupa taklifan di pundak sendiri. Terkadang ibadah 5 waktupun terbabas dari landasan hidup, inikan pula mengalunkan kalamullah setiap masa, tidak lagi bilangan zikir diambilkira. Gaya hidup beginikah yang kita dambakan selama bergelar manusia, tanpa sedikitpun memikirkan soal akhirat?

Ini realiti kehidupan, bukan taakulan semata. Apakah tahap prestasi bekal akhirat tika umur meningkat 30 tahun yang dianggap separuh abad? 

“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling dari akhirat.” – al-Anbia’: 1



No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>