Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Monday, October 19, 2009

MEMBURU CINTA HAKIKI


Cinta dijelmakan bukan semata-mata kepada manusia, tetapi juga makhluk lain, hatta haiwan juga kasihkan anaknya. Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata, sebaliknya ia dapat dinikmati dengan mengalaminya sendiri. Malah, cinta tidak dapat dipelajari, tetapi dialami. Fitrah cinta pada hakikatnya adalah suci dan bersih, namun kecantikan, kekacakan, pangkat, kedudukan dan harta selalu menenggelamkan imbangan manusia tatkala membuat penilaian. Neraca timbangannya selalu dikaburi penglihatan terhadap aspek material dan susuk tubuh, sedangkan dalam percintaan hakiki, keikhlasan hati budi lebih utama untuk menjamin kebahagiaan. Maka, nikmatilah cinta hakiki dalam bentuk yang teristimewa.
Cinta dikategori kepada tiga:

1.    Cinta agung adalah cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cinta sesama makhluk. Seseorang muslim yang mempunyai cinta agung akan berkorban segala-gala yang dimilikinya hanya kerana Allah.
2.    Cinta Pertengahan-Manusia sememangnya mengecapi cinta pertengahan ini, iaitu mencintai sesama makhluk berdasarkan akidah.
3.    Cinta Hina- manusia yang buta hatinya, mencintai perkara lain selain Allah, hatta menurut hawa nafsu dan tunduk kepada godaan syaitan.

NAFAS TANPA CINTA UMPAMA SIANG TANPA MENTARI

Cinta adalah fitnah, ia diperlukan untuk membajai jiwa. Hidup tanpa cinta adalah kehidupan yang hambar dan tidak bermakna. Manusia perlukan cinta untuk mewarnai kehidupannya. Jika cinta sudah tiada di hati kita, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada hati kita, sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Disebabkan panahan cinta, manusia keliru dan kadangkalanya buta untuk mentafsirkan laluan sebenar dalam kehidupan. Kisah Laila dan Majnun sebagai salah satu contoh yang boleh kita renungkan bersama.
“Kebahagiaan itu ibarat sebatang pokok yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya”. –Yusuf Al-Qardawi

*Teringat pula kisah sahabatku yang kini mengecapi kebahagiaan bersama keluarga, yang telah mensyaratkan mahar 30 juzuk al-quran yang dihafaz oleh bakal suami dan dibaca di hadapan tok Imam. Ta’ajub jugak aku mendengarnya, tatkala sahabat lain mengira mahar yang akan diperolehinya. Emm..lebih berkat dan suatu kelainan dalam kehidupan ;) So, ketenangan dan kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, yang mana mereka akan tetap berhati teguh, dikala orang lain mengalami kegoncangan; mereka tetap yakin dikala orang penuh keraguan; mereka tetap sabar ketika orang berkeluh kesah dan mereka tetap berlapang dada dikala orang telah rungsing. Pastikan cinta hakiki diburu melalui ‘wasilah fi jannah’. InsyaAllah bahagia dunia akhirat.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir".-ar-Rum:21

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>