Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Saturday, October 3, 2009

DUNIA KERJAYA -PENGALAMAN ITU PENTING

Berada dalam dunia kerjaya bukan semudah yang disangka. Kemantapan dan kredibiliti dalam melaksanakan sesuatu kerja adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan. Kecekapan melaksanakan kerja merupakan kemampuan yang perlu dimiliki oleh seseorang yang bergelar pekerja sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta. Walau bagaimanapun, ilmu dan dedikasi harus seiring supaya kualiti kerja seseorang pekerja itu terjamin dan mantap, tidak kiralah yang berstatus guru, pensyarah, arkitek, doktor dan sebagainya.

Meskipun demikian, pengetahuan tentang menyediakan resume’ merupakan langkah pertama menuju dunia kerjaya. Bahkan, diikuti dengan persediaan menghadapi temuduga dan tatatertib ketika temuduga.

***************************

Alhamdulillah. Termakbul juga doa aku untuk mencari pengalaman mengajar. Rasa asing sangat dengan dunia hidupku. Terasa skema dan dihormati. Panggilan ‘ustazah’ acapkali diucap oleh pelajar-pelajarku. Bimbang juga nak ajar anak orang dengan ilmu seciput ni, form 6 & form 2 plak tu…fuhh….STAM & PMRU..1 hr mengajar, sakit kepala lak terasa. Ni lah first experience aku mengajar. Ingatkan cam biasa je kerja cikgu/ustazah, tp sangkaan aku meleset cz kalo nak jadi tenaga pengajar ni, sume kena tahu, xnyer disoal benda2 pelik, xler tergagap n bagi alasan itu ini. Emmm…bagi aku, kerja sebagai pengajar ni kena ada target jadi ‘murabbi’ barulah jiwa sebati ngan ilmu Islam, hatta berjuang kerana Islam.

Walaupun hanya menjadi ustazah dalam tempoh masa yang singkat jer, tapi bagi aku inilah pengalaman yang mengajar aku erti kegigihan dan cakna dengan kajayaan pelajar. Setiap tenaga pengajar perlu ada target dan strategi untuk mencapai kejayaan pelajar. Pening juga tiap kali membuat soalan ujian dalam fatrah hampir dengan final exam STAM dan PMRU ni. Hah, baru tahu betapa peningnya kepala ustaz/ustazah kita time sekolah dulu. Semua ni ada hikmahnya, berani menerima tawaran mengajar bukan suatu perkara mudah untuk difikirkan kerana setiap keputusan yang dibuat perlu diselitkan dengan keyakinan dan kemampuan, bukan melihat segala pekerjaan dan amalan ini dengan kaca mata material semata-mata.

Kepada sahabat yang telah tamat belajar dan telah bersedia untuk mencari pekerjaan, mindset perlu bebas dari ketidakyakinan diri, yang mana perasaan itulah yang merosakkan cita-cita kita. Pengalaman pertama bukan bermakna pekerjaan itu perlu sesuai dengan status seorang pelajar ‘lulusan luar negara’, sebaliknya pengalaman pertama itu untuk mengetahui tahap kemampuan kita melakukan pekerjaan dan meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan pekerjaan sebenar. ‘The most important you must have a power confident and believe yourself.’

Di bawah ni aku sertakan contoh resume’ yang perlu ada bagi seorang pelajar untuk terjun ke dunia pekerjaan. Namun sekalung kemaafan kepada 'kenalanku yang setia' kerana kelewatan postkan  contoh resume' ni. "Jangan marah, nanti kena jual lak". Resume' ni sekadar contoh sahaja. Nyatakan maklumat yang sahih dan mempunyai bukti kukuh mengikut kelayakan.
Berikut adalah contoh resume’:

JUITA NURANI BINTI CHE MUSA
(nyatakan alamat tempat tinggal sekarang)
• Tel: (nyatakan nombor telefon yang aktif)
• E-Mail: (nyatakan email yang aktif)

OBJEKTIF PEKERJAAN:

KELAYAKAN: (contoh)

• Dwibahasa: Inggeris/Bahasa Melayu
• Bagus dalam perhubungan awam, pengurusan pelancongan, kemahiran pengucapan umum
• Kemampuan dalam penulisan, perbahasan, penyelidikan dan pembentangan


PENGALAMAN RELEVEN (contoh)

Ahli Jawatankuasa Biro Ekonomi dan Penggunaan Persatuan Mahasiswa Al-Azhar Kaherah 2004/2005
• Mengendalikan koperasi Persatuan Mahasiswa Al-Azhar Kaherah
• Memeriksa stok barangan
• Melaksanakan projek Biro

Fasilitator Program Bina Pelajar Pondok Tok Ayah di Danau To’Uban, Kelantan
• Menyelenggara diskusi dan latihan berkumpulan
• Bekerjasama dalam melakukan aktiviti dan perbincangan tentang isu yang ditetapkan
• Memantau dan memimpin aktiviti ahli kumpulan
• Menyampaikan motivasi kepada ahli kumpulan


PENYELIDIKAN (contoh)

• Menyediakan dan menyempurnakan Kajian Ilmiah bertajuk Perubatan Moden dan Tradisional. Menurut Perspektif Islam dan Sains.
• Meninjau dan menemuramah pakar sains, doktor dan ahli ulama’ di Jabatan Islam untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian ilmiah
• Menyediakan soalan temuramah dan borang kajiselidik untuk penyelidikan Kajian Ilmiah

SEMINAR, BENGKEL DAN AKTIVITI (contoh)

•Menghadiri perbincangan tentang Undang-Undang Islam di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Mahkamah Wilayah Persekutuan and Jabatan Kehakiman Selangor Malaysia (JKSM)
• Menghadiri dan memerhati Prosedur Perbicaraan di Mahkamah Wilayah Persekutuan


PENGALAMAN BEKERJA (contoh)

2009                  Guru Pengajian Islam        SMU(A) Azhariah Melor, Kelantan
2006-2007        Pengurus Pentadbiran        HLM NETWORK CORP. Kelantan


PENDIDIKAN (contoh)

Sarjana Muda Syariah (Pengajian Syariah) (2010)
(nyatakan institusi pengajian)

Diploma Syariah (Pengajian Syariah) (2006)
(nyatakan institusi pengajian)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (2002)
(nyatakan institusi pengajian)


RUJUKAN (contoh) (nyatakan 2 orang sahaja)


Mr. Abdul Rahim
Pensyarah
Jabatan Syariah
(nyatakan alamat)
Tel: (nyatakan telefon yang aktif)
Email: (nyatakan email yang aktif)


 

BIODATA (nyatakan biodata)

Nama                          : Juita Nurani Binti Che Musa

Alamat                        : (Nyatakan alamat tempat tinggal)
            
Tel                              : (nyatakan nombor telefon aktif)

E-mail                         : (nyatakan email aktif)

No kad pengenalan     : (nyatakan kad pengenalan)

Tarikh Lahir                : (nyatakan tarikh lahir)

Warganegara              : Malaysia

Umur                          : (nyatakan umur mengikut tahun kelahiran)

Jantina                        : (nyatakan jantina)

Agama                       : Islam

Lesen                         :  D

Status                        : Bujang / Berkahwin

Kemahiran Komputer: Ms Windows, Ms Office; Ms Word, Ms Excel, Ms Power Point,
 Adobe Photoshop, Movie Maker

Kemahiran Bahasa    : Pertuturan dan Penulisan Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu

Bakat                        : Fotografi, penulisan dan reka cipta        


Rujukan:
Idiot’s Book ‘Resume’
*Sorry...resume' ini sebagai contoh sahaja ? Harap gambar passport tu jangan lupa lak letak yang asli punyer tau.




This card for my lecturer beloved in KIAS


No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>