Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Wednesday, September 9, 2009

View of Arabian vs Eyes of Malaysian


Malaysia hari ini semakin hari semakin maju, lihat saja bangunan-bangunan besar yang dibina. Masyarakat pula turut berubah mengikut arus kemodenan, namun itu hanya dalam bab fesyen. Perjalanan kali ini bermakna, apa tidaknya mata baru semalam 'view of Arabian', tapi hari ini 'eyes of Malaysian'. Gerai-gerai bazar Ramadhan tersadai indah, mungkin terlalu penat menjual pelbagai juadah. Hati tidak sabar untuk merasai kekalutannya setelah sekian lama tidak merasa.

'Voice of Arabian' menjadi kenangan, tiada lagi kedengaran dari kesibukan mereka. Rasanya cukup tenang dari kebisingan. Azan subuh pula tiada lagi dari lenggok arab, terasa asing kedengarannya. Namun, cukup terkedu dengan bacaan ayat suci yang dibaca. Masakan bacaan ayat Al-Quran dari surah kecil dan kerap dibaca juga tersalah. Mungkin ini adalah cabaran besar buat yang bergelar 'hafiz'.



Ramadhan di Malaysia memang tidak semeriah tanah Arab. Masyarakat pula asyik mementingkan Syawal yang akan menjelang. Gedung pakaian semuanya dijelajahi, biskut-biskut raya mula mendapat tempahan. Suara warga Malaysia kedengarannya hanya lebih mementingkan fesyan dari ibadah di bulan Ramadhan. Sepanjang perjalanan hari ini, tidak lagi kelihatan mereka yang memegang senaskhah Al-Quran, apatah lagi membacanya. Sekurang-kurangnya, suasana bulan Ramadhan dihayati, tetapi aura raya pula dirasai. Terasa terharu dengan keadaan negara sendiri. Tiada lagi suasana masyarakat yang menitikberatkan soal ibadah tika tibanya waktu sibuk. Hati kekadang pelik, Malaysia hanya 'Islam pada negarakah?', bagaimana pula warganya, sedangkan ramai tidak cakna soal ibadah.
 
Cukup mengenali sosio-budaya masyarakat Mesir, bermula dari attitude, tabiat, mahupun makanan mereka sedikit sebanyak terasa bahangnya, namun ibadah di bulan Ramadhan dihayati dan disempurnakan sebaik mungkin. Al-Quran setiap masa dibawa dan dibaca, sebaliknya suasana berbeza di Malaysia, majalah-majalah fesyen dan hiburan pula menjadi penghibur hati masyarakat. Majalah-majalah berbentuk hiburan dan fesyan memenuhi gerai dan permintaan. Tiada lagi alunan ayat suci kedengaran di tempat membeli belah, apatah lagi di dalam teksi. Terasa tercabar dengan keadaan demikian sebagai seorang penda'ie, namun mungkin ini satu ujian dan cabaran bagi  seorang pendakwah. Walau bagaimanapun, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri'.

*Sedikit catatan kehidupan di Malaysia

No comments:

Post a Comment

eyes of views


Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>