Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Wednesday, April 28, 2010

MAD ‘U ADAM VS MAD ‘U HAWA


“Dialah (Allah) yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, agar Dia masukkan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dan Dia akan menghapus kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu menurut Allah suatu keuntungan yang besar..” – al-Fath: 4-5

Gejolak rasa mula dialami. Hati berasa kurang enak, bagai dijentik satu perasaan yang tidak-tidak. Kenapa pilih nisa’? Tidakkah ada kaum adam yang menaruh harapan, yang menagih kasihan dan mengharapkan tarbiah Islam dari kaumnya sendiri, sedang seorang adam cenderung memilih mad’u dari kaum sebaliknya.

Kebarangkalian, pelbagai firasat menyerbu di fikiran. Menjadikan alasan sebagai sebab kemarau hati. Variasi ideologi mula dicipta sebagai hujah untuk mempertahankan maruah. Ironinya, jika dakwah sedemikian itu dijadikan alasan, maka manusia dengan sendirinya tersepit dalam ruang lingkup perlaksanaan hakikat dakwah Islamiah yang sebenar. Ini bukan alibi, sebaliknya hakikat yang entah disedari atau tidak.  Matlamat tidak menghalalkan cara. Dakwah dan maksiat tidak boleh disatukan, tetapi perlu dipisahkan supaya menjadi satu benteng pertahanan maruah Islamiah.

Bermula dengan langkah pertama dan niat yang suci berubah menjadi reaksi kedua dan ketiga bahkan seterusnya. Ketidaksedaran da’ie mengubah persepsi  mad’u terhadap tarbiah Islam kadangkalanya tersasar dari landasan sebenar kerana didikan dakwah telah bersalut dengan maksiat, tanpa sedar ia menceroboh kedaulatan dakwah Islamiah. Kebebasan berdakwah dalam nuansa yang berseni dan kelucahan menjadi biasa dalam adiwarna kehidupan seorang da’ie. Cukupkah berstatuskan keimanan yang ‘seciput’ untuk diterjemahkan dalam bidang dakwah yang universal? Sedangkan garis pemisah antara dakwah dan maksiat amat tipis.

Senario apa yang terbuku di hati, terlintas pelbagai persoalan yang tidak kesudahan dari seorang mad’u kaum adam ataupun hawa memberikan respon positif dari da’ie kaum berlawanannya, sedangkan sejantinanya lebih memahami. Fenomena ini nampak normal, tetapi kita perlu halusinya menurut perspektif Islam. Tidak salah merujuk yang pakar, bahkan tidak pula dikatakan salah berinteraksi antara keduanya, namun ia perlu dititikberatkan dengan batas pergaulan dan niat yang bersih sehingga tidak timbul pelbagai penyakit hati yang sukar untuk diubati.

“Dia (Allah) mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada”. – al-Mu’min: 19

Jurnal songsang kehidupan da’ie mula menjadi pendebatan. Tiada lagi batas pergaulan dan tarbiah Islam, yang ada cuma perasaan dalam relung hati. Di mana hilangnya thiqah diri, hatta tergadai maruah Islami? Kita cuba memberi hujah, tetapi pada masa yang sama memfitnah agama sendiri. Tidakkah kita sedar bahawa setiap karma akan dihitung di kemudian hari?

“Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat, maka dosanya menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya”. – Fussilat: 46

Sesuatu yang kita rasakan hebat sebenarnya memakan diri-sendiri. Malah, bermain dengan perasaan bermakna kita rela untuk diuji, biarpun kita merasakan bahawa ia adalah fitrah manusiawi. Natijahnya, manhaj dakwah yang berorientasikan kejahilan menjurus manusia ke arah kemaksiatan dek kealpaan yang kita alami. Kejahilan manusia yang ditonjolkan kini seakan sama dengan kejahilan sebelum kebangkitan Islam walaupun dalam gambaran yang berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama. Ini kerana, berleluasanya jahiliah kemaksiatan bermula dengan sikap kita sendiri yang menganggap semua perkara adalah betul dan lumrah kehidupan.

“Dan sungguh, Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penjelasan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan sebagai pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa”.- an-Nur: 34

Kelahiran generasi kini diretrospeksikan dari generasi dahulu. Lantas, menilai generasi kini untuk ditakwilkan generasi akan datang. Maka, ke manakah tarbiah Islam diletakkan? Adakah semata-mata atas tiket adat atau penghayatan? Keinginan manusia yang berteraskan nafsu semata-mata menjadikan manhaj Islamiah menjadi lesu dan statik sehingga akan lahir ideologi yang pelbagai di mana ia jelas menikam Islam dari belakang.

Apakah motif keinginan ini? Di sebalik harapan terselit juga keinginan yang bermesejkan keseronokan. Sudah berbalik niatkah seorang da’ie? Mengharapkan seorang mad ‘u berubah, da’ie pula terubah. Seorang da’ie lelaki dan seorang mad’u wanita, malah seorang da’ie wanita dan seorang mad’u lelaki. Namun, masih dalam ruang lingkup yang sama. Ternyata, kitalah sebagai penilai kelemahan diri dan Allah jua Maha Penghitung yang hakiki.

“Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada”. – al-Hajj: 46


No comments:

Post a Comment

eyes of views


Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>