Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Friday, August 28, 2009

BACALAH DENGAN MATA HATI...

Barangkali blog aku ni dah lama bersawang dek ketidakpedulian dan kebuntuan idea akhir-akhir ni. Mungkin juga sebab aku ni sedikit rajin menelaah kitab-kitab yang agak bertimbun di meja tulis. Jadual yang agak tersusun masanya kadangkala terbabas juga dibuatnya. Al-maklum, belum tentu apa yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebaik-baik perancangan adalah dari Allah, namun kita sebagai hamba-Nya perlu mengatur perancangan supaya hidup lebih bermakna. "Failing to fail is planning to fail but just keep in mind that Allah is the best planner".


Allah telah berfirman: "Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajkan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - al-'Asr

Saban hari kita dikejutkan dengan kematian hampir ribuan manusia yang dijangkiti H1N1, tapi adakah kita sedar akan hikmah di sebaliknya? Ataukah kita sengaja membiarkan kematian itu menjadi noktah kepada kegagalan kita memahami hikmah di sebaliknya? Mungkinkah ia satu bala bagi umat akhir zaman? Dalam kesamaran yang terbina ini, kita kadangkala tersalah langkah sehinggakan sesuatu yang buruk di depan mata tidak kelihatan. Diibaratkan seperti kelmarin, di mana kita terlena dari lamunan mimpi indah yang kini diragut dengan kemurungan, kesedihan dan penyesalan akibat tangan  manusia yang gagal memikul amanah Allah. Jelas sekali manusia hamba yang do'if dari pelbagai sudut. Hanya barangkali atau kemungkinan juga menjadi perancangan manusia. Jadi, terbelakah Islam atas kemungkinan dan kebarangkalian itu? Sedang kita asyik mengatur kebarangkalian itu dengan pandangan sebelah mata tanpa menilainya dengan mata hati, mendengarnya dengan gegendang telinga, lantas tanpa menyimpannya di dalam memori dan berbicara dengan lidah tanpa mengamalkannya.

Firman Allah Taala: "Sesungguhnya, orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar".



Fikiran kadangkalanya bermonolog sendiri. Selaku Azhariah, masalah kepincangan masyarakat terkadang mematangkan diri untuk lebih sempurna dalam bidang agama. Bimbang juga bila ditanya tentang hukum, kaku pula lidah dibuatnya, namun itulah kebiasaan yang berlaku terhadap pelajar lepasan Azhar. Memang tidak dinafikan, terkadang dalam banyak-banyak buah, ada yang buruk. Aku tidak mengumpamakan Azhariyun sedemikian rupa, tetapi itulah hakikat yang berlaku. Masyarakat terlalu menaruh harapan kepada Azhariyun untuk mengubah apa yang tidak betul, hatta keburukan di tengah kesempurnaan itulah kadangkalanya mencacatkan sakhsiah mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat perlu melihat Azhariyun seperti mata burung, bukan hanya menuding jari dan menyalahkan sebelah pihak sahaja. Walhal interaksi antara dua belah pihak memainkan peranan penting dalam pembangunan insan yang berketerampilan murabbi.

Urbanisasi manusia semakin hari kian rosak dengan kelancangan akhlak mereka. Boleh jadi tarbiah Islami belum diikuti sepenuhnya. Akar umbi kejahilan berasal dari zaman Jahiliah, namun adakah kita ingin mengulangi dan hidup di alam tersebut? Apatah lagi ramai yang masih terkapai-kapai mencari nur hidayah dari sinar yang satu. Ada lagi manusia yang berpaling tadah dari hidayah Allah. Siapa yang tahu, manusia yang dahulunya jahil bertukar alim dan alim pula bertukar jahil. Hanya kita sebagai hamba Allah perlu mengharapkan nur hidayah itu sentiasa bersemi dalam diri agar tidak berlaku sebaliknya.

Allah telah menukilkan kalam-Nya: " Mereka dalam keadaan ragu antara yang demikian (iman atau kafir) tidak termasuk kepada golongan ini (orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang kafir). Barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya."an-Nisa:143

Mengimbas kembali sirah Nabawiah, umat terdahulu diuji dengan keraguan yang teramat sangat, hatta mendustai risalah yang dibawa oleh Pesuruh-Nya. Kisah Musa dengan kezaliman dan pengakuan Firaun sebagai Tuhan dan Bani Israel, Nuh dengan kaumnya yang ditenggelami bah besar, Hud dengan kaum 'Ad, Nabi Saleh dengan kaum Samud, Nabi Lut dengan kaumnya yang melakukan perbuatan sejenis yang terkutuk, Nabi Syu'aib dengan penduduk Madyan yang didatangi gempa bumi dan titipan kisah pengorbanan Pesuruh Allah selain mereka. Umat dahulunya mengingkari dan menyakiti kekasih Allah, bahkan mengadakan pembohongan dalam agama-Nya dan mengejek risalah yang dibawa oleh para nabi. Nah, mereka telah diazab dengan bala yang menimpa mereka tika itu akibat pendustaan mereka, kemudian Allah menggantikan kaum yang dibinasakan itu kepada kaum lain dan mengutuskan Nabi untuk menyampaikan ajaran Allah. Sebaliknya, bagaimana pula dengan takdir umat Muhammad s.a.w? Nabi Muhammad s.a.w yang menyayangi umatnya, biarpun masih ramai lagi buta dan tidak mencintainya. "Ummati, ummati, ummati". Disaat bertarung nyawa, Nabi masih mengingati umatnya, namun bagaimana pula dengan kita. Adakah ia sebaliknya? Na'uzubillah.

"Dan janganlah kamu duduk di setiap jalan dengan menakuti dan menghalangi orang-orang yang beriman dari jalan Allah dan ingin membelokkannya. Ingatlah ketika kamu dahulunya sedikit, lalu Allah memperbanyak jumlah kamu. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan."- al-A'raf: 86

Nah, itukah dikira membela Islam? Kesedaran yang cukup halus ditarbiah oleh Allah kepada manusia akhir zaman seakan tidak diendahkan, malah lebih ramai lagi manusia yang hanyut dengan keseronokan dunia yang tidak kesudahan. Semoga kita tergolong dari golongan yang diredhai-Nya.

No comments:

Post a Comment

eyes of views


Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>