Notis Hak Cipta
PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA
PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA
Sunday, April 11, 2010
Oh…Nasi dan Lemak
Pernahkah anda mengalami masalah berat badan yang merungsingkan sehingga hilangnya keyakinan diri? Ternyata terlalu banyak iklan komersial yang menjual suplemen khusus untuk meningkatkan tahap metabolisma badan dan kemampuan otak. Benarkah otak memerlukan makanan khusus untuk meningkatkan kecerdasannya?
Pada asasnya, menu sarapan pagi yang sihat amat penting untuk merangsang metabolisme badan dan otak sepanjang hari, namun semuanya bergantung kepada berapa banyaknya jumlah makanan yang diambil. Waktu terbaik untuk menikmati sarapan ialah dalam jangka waktu satu jam setelah bangun daripada tidur. Pengambilan bijirin dan susu adalah amalan yang sangat baik untuk memulakan hari anda dengan penuh tumpuan.
Ironinya, masyarakat Melayu cukup terkenal dengan pengambilan ‘nasi lemak’ pada waktu pagi. Perkataan ‘Lemak’ pada hujung ayat tersebut cukup mengerikan pengamal diet, namun tidak mustahil ia juga mampu meningkatkan tahap kesihatan badan. Memang benar, setiap makanan yang diambil memberi kesan kepada tubuh badan. Lemak tidak selamanya menjadi musuh utama tubuh. Secara faktanya, otak tetap memerlukan lemak untuk menjaga tahap kesihatannya. Jenis lemak yang diperlukan oleh otak adalah lemak tidak tepu, terutama asid lemak Omega-3 atau dikenali sebagai EPA dan DHA yang juga boleh menurunkan kadar kolesterol yang berlebihan.
Lemak harus membekalkan kurang daripada 30 peratus daripada jumlah kalori harian. Pengamalan pola pemakanan yang sihat dan berkualiti diperlukan dengan memilih daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, kurangkan pengambilan mentega atau mayonis dan produk tenusu yang rendah lemak serta makanan bergoreng walaupun makanan berlemak ini sememangnya menyelerakan.
Disebabkan lemak, nasi dilupakan. Makanan asasi seperti nasi bukan punca kepada seseorang itu mengalami obesiti, tetapi pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak, hatta kolesterol yang berlebihan adalah puncanya. Jangan memusuhi nasi secara total walaupun ia menggemukkan jika berlebihan. Ini kerana nasi mengandungi karbohidrat yang memberi sumber tenaga kepada benda hidup. Bukan bererti kita tidak boleh makan semua variasi makanan yang berkarbohidrat.
Pengambilan karbohidrat dari sumber yang baik dan segar membantu otot bekerja lebih kuat di samping membakar kalori berlebihan dengan lebih pantas. Ini bermakna, sekiranya kita melakukan sebarang kerja yang aktif dan sederhana aktif, kita memerlukan 60 peratus karbohidrat sehari daripada keseluruhan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Sekiranya sesuatu produk makanan yang dipilih dalam bentuk yang diproses mengandungi lebih dari 15 gram lemak dalam produk yang berat bersihnya 100 gram, maka kita disarankan mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang kecil. Berikut adalah cadangan sajian tinggi karbohidrat yang sihat:
• 6 saiz hidangan makanan berbijirin dan kaya gandum seperti roti, pasta dan nasi
• 3 atau 4 sajian sayur-sayuran dalam sehari
• 2 atau lebih sajian buah-buahan dalam sehari
Cara mengurangkan lemak dalam pola pemakanan yang sihat:
1. Kekalkan pengambilan protein secara sederhana. Protein juga penting dalam diet harian kita kerana sumber protein mengandungi nitrogen untuk penghasilan antibodi selain berfungsi untuk menyimpan protein dan menukarkannya kepada karbohidrat. Namun, pilih sumber yang rendah lemak.
2. Gula sememangnya menimbulkan banyak masalah kesihatan sekiranya diguna secara berlebihan. Namun, jangan memusuhi gula secara total kerana penjagaan kadar gula darah yang stabil dapat meningkatkan daya fokus dalam pembelajaran. Jadi, segeralah menghisap gula-gula atau sumber gula yang lain jika mula merasa lemah.
3. Banyakkan dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau 6 atau lebih hidangan biji-bijian atau kekacang setiap hari untuk memenuhi keperluan karbohidrat kompleks, malahan membekalkan vitamin dan galian yang penting.
4. Makanan yang terdapat banyak lemak tepu lebih banyak di dapati dalam produk haiwan. Ia perlu dihadkan kurang daripada satu pertiga kalori yang dihasilkan oleh lemak bagi melindungi rangsangan paras kolesterol darah dan memiliki kesan kesihatan yang buruk.
5. Pengambilan kolesterol di bawah 300 miligram setiap hari perlu dikekalkan. Kolesterol hanya didapati dalam produk haiwan seperti daging, ternakan, produk tenusu dan kuning telur.
6. Sumber kalsium seringkali diabaikan oleh kita, tetapi kalsium yang diambil secara berpatutan adalah diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi. Kalsium daripada sumber-sumber yang rendah lemak seperti susu skim atau susu tanpa lemak dan didih rendah lemak.
Tanpa perlu berasa terkilan, rancanglah ‘jalan-jalan cari makan’ untuk menikmati makanan ini dalam pola pemakanan yang sihat. Paling penting, pengawalan secara sederhana dengan memakan makanan yang mengandungi tenaga padat mestilah berkualiti dan tepat.
Labels:
info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eyes of views
Followers
SYED QUTB:
"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".
10 sebab hati buta:
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46
1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.
*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...
1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.
*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...
No comments:
Post a Comment