Imtihan faslu syita’ mula membuka ruang debaran. Denyutan jantung seakan terhenti bila tiba waktunya. Azhariyun mula merasai tusukan angin sejuk hingga ke tulang sum-sum. Barangkali masih ada yang terlena dalam buaian keseronokan, bahkan tidak sedar diri menjadi inti ‘roll of saratoga’. Ini bukan andaian semata-mata, tetapi sedikit pengalaman dan penelitian sendiri. In fact, ugly experience was throw out our life, but we must believe that Allah was always to arrange our fate. The most important, we must believe ourselves and be patience, also thanks to Allah for everything we do.
Time ni la mula kalut dengan persediaan exam. Apa tidaknya, kekadang diri mula rasa gelisah dan pelbagai variasi perasaan dirasai seakan bergelar ‘raja sehari’. Kebarangkalian, seperti inilah yang dirasai. Muka, tangan dan kaki bukan sekadar pucat dan sejuk dek angin sejuk yang mencengkam tulang, tapi diselangi dengan kebimbangan imtihan. Tambahan pula, tika inilah juga ‘feeling’ bermain ‘ciku cak’. Penyakit ini juga terkadang membelenggu psikologi pelajar dalam pelbagai situasi.
Ujian demi ujian ditempuhi, cabaran demi cabaran menghalangi, namun berkat doa dan usaha, kejayaan akhirnya datang jua merealisasikan impian. Bukan mudah menggapai bintang kejora di langit, biar sejuta tribulasi yang mendatang, biar suara sumbang yang merosakkan fikiran, namun keyakinan dan usaha gigih dapat jua menjadi benteng kerakusan negatif dalam diri.
Kepada sahabat-sahabat yang berperang dengan migrain yang mula menular dalam otak, pastikan ‘take a dose’ mengikut arahan. Nanti, tak pasal2 penyakit len yang datang menyerang. pe2 p0n..‘Bi taufiq wa najah’.
No comments:
Post a Comment