Notis Hak Cipta
PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA

Sunday, March 11, 2012
JANGAN HIDUP UNTUK DUNIA
“Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa sahaja yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik”.- Ali-Imran: 14
Mukmin yang sebenar adalah yang menganggap bahawa dunia adalah ladang untuk akhirat dan bukan tempat untuk hidup bersukaria. Mereka masih melakukan kerja harian, tetapi tidak menganggap dunia sebagai sebahagian hidup mereka. Dunia hanya di depan mata, tetapi akhirat di jiwa. Maka, mukmin yang cerdik akan mengharapkan keredhaan Allah dengan mengetahui bahawa mereka bekerja semata-mata kerana Allah bukan kerana pangkat atau harta dunia.
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampung akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi”. – al-Qasas: 77
Perjalanan seorang manusia penuh dengan cabaran dan dugaan, tetapi dengan ujian itulah bernilainya sebuah kehidupan. Apabila kehidupan yang sukar dan pahit diiringi dengan penuh kesabaran dan memandang ia dengan cahaya hikmah dan penuh ketakwaan, maka kemanisan sabar itu dikecapi, bahkan hikmah yang hilang itu dijumpai.
“Dan sabarkanlah bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya dari pagi dan petang dengan mengharapkan keredhaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami dan menurut hawa nafsunya malah keadaanya itu melewati batas”.-al-Kahfi: 28
Kesempitan rezeki dan kesuntukan masa seakan ‘meteor’ yang jatuh dalam rongga hati manusia. Kekangan ini lebih dirasai kepada mereka yang mementingkan kerehatan dan hawa nafsu serta mereka yang menganggap ia sebagai musibah besar dalam kehidupan. Sebaliknya, kebimbangan itu perlu dikecapi dengan hati terbuka agar kita menghargai apa yang ada di depan mata.
“Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki). Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman”. – ar-Rum: 37
Adiwarna kehidupan akan memancar dalam hidup seorang mukmin yang mengecapi kesabaran dan ketahanan. Bahkan tetap tabah dan teguh pendiriannya dalam dunia yang penuh pancaroba, hatta takhtanya telah ditetapkan bahawa syurga adalah pilihan Tuhan.
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. – at-Thalaaq: 3
Realitinya, manusia memang cintakan dunia. Namun, jangan meletakkannya di rongga jiwa kerana ia fantasi belaka. Sebaliknya, letakkan tujuan hidup di dunia untuk menuju alam baqa’ (kekal).
“...janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya”.- al-Qasas: 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eyes of views
Followers
SYED QUTB:
"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".
10 sebab hati buta:
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46
1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.
*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...

No comments:
Post a Comment