Notis Hak Cipta
PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA

Tuesday, February 7, 2012
APA BUKTI CINTAKAN RASULULLAH S.A.W?
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya”. – al-Ahzab: 56
Sesungguhnya Allah berselawat ke atas Nabi dengan penuh kerahmatan dan keredhaan. Manakala, para malaikat sentiasa mendoakan baginda dengan memohon keampunan dalam semua keadaan. Adapun bagi seluruh makhluk yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya berdoa agar diberi rahmat, memuliakan baginda dan mengangkat darjatnya dengan mengucapkan selawat (اللهم صل وسلم على محمد).
BERSELAWAT DAN SALAM DENGAN PENUH KEJIWAAN
Daripada Ka’ab bin ‘Ajrah r.a berkata: Seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui (cara mengucapkan) salam ke atasmu, maka (bagaimana pula) cara berselawat kepadamu?”. Rasulullah s.a.w bersabda: “Ucapkanlah: اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم، إنك حميد مجيد. اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد، كما باركت على إبراهيم إنك حميد مجيد". –H.R Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Daripada Abi Humaid Sa’edi: Sesungguhnya mereka berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana berselawat ke atasmu? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu ucapkan: اللهم صل على محمد وازواجه وذريته، كما باركت على آل إبراهيم، إنك حميد مجيد". – H.R Bukhari & Muslim.
Sabda baginda s.a.w: “Kamu semua ucapkan salam: السلام عليك يا رسول الله
MENGAUT KELEBIHAN SELAWAT DAN SALAM
Allah sentiasa memberi rahmat kepada sesiapa yang berselawat dan mengucapkan salam kepada baginda s.a.w ada apa jua keadaan.
Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang berselawat ke atasku sebanyak 1 kali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali”. – H.R Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa’i.
DIDIK JIWA DENGAN UCAPAN SEJAHTERA
Perbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w pada hari Jumaat, ketika menziarahi makam Rasulullah s.a.w, selepas solat, ketika solat jenazah dan ketika mendengar azan, mahupun setiap masa tanpa memaksa diri untuk melakukannnya.
Ucapan selawat dan salam ke atas baginda dapat menghindarkan diri kita daripada sifat sombong, takabur dan riak.
Maka, apabila direnung kembali, adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w? Ironinya, semua mengatakan iya, tetapi apakah dalil atau bukti yang menunjukkan kita mencintainya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eyes of views
Followers
SYED QUTB:
"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".
10 sebab hati buta:
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46
1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.
*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...

No comments:
Post a Comment