Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Thursday, April 15, 2010

JANGAN TUA SEBELUM TUA, JANGAN MUDA SETELAH TUA.


Kecantikan merupakan satu anugerah Allah Taala tanpa mengira darjat atau keturunan. Cantik dan menawan tidak bererti pada luaran sahaja kerana ia satu perkara yang subjektif, malah kecantikan dalaman amat berharga dan bernilai bagi seorang yang mempunyai keimanan dan ketakwaan yang utuh kepada Allah Taala. Islam juga tidak melarang seseorang itu melakukan rawatan awet muda untuk kelihatan cantik dan anggun selagi ia tidak bercanggah daripada landasan Syariat Islam. Manusia diciptakan oleh Allah Taala dengan sebaik-baik rupa, di samping menganugerahi mereka akal fikiran yang dapat memandu manusia ke arah kebaikan. Penciptaan manusia yang sempurna dan pembentukan semula telah tertulis di luh mahfuz oleh Allah Taala.

Setiap insan mempunyai naluri yang tabi’e mengharapkan kehidupan dengan menampilkan kecantikan dan personaliti yang menawan agar kelihatan sentiasa muda dan berseri. Pada zaman kontemporari ini, terdapat segelintir manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan muda dari usia sebenar. Mereka dengan tidak segan silu melakukan pelbagai rawatan awet muda tanpa menghiraukan batas-batas yang ditetapkan oleh syara’. Bahkan, penggunaan produk yang tidak diketahui bahan kandungannya menjadi rebutan dan kegilaan manusia untuk memenuhi hasrat dan matlamat mereka. Memandangkan ketaksuban manusia terhadap kecantikan, mereka sanggup menggunakan pelbagai cara terkini dan tradisional, hatta menggunakan sihir untuk menipu dan memperdayakan manusia apabila melihatnya.

KETAKSUBAN RAWATAN AWET MUDA

Sindrom ‘tua sebelum tua’ di kalangan masyarakat negara ini merupakan penyakit psikologi yang perlu dirawat agar proses penuaan itu menjadi satu proses yang aktif dan produktif untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Proses penuaan berlaku secara fizikal dan mental, di mana penuaan fizikal jelas kelihatan pada garis wajah seseorang, kedutan serta kekeringan yang terdapat pada kulit, perubahan pada warna rambut dan penurunan kecergasan fizikal. Manakala, penuaan mental berlaku secara psikologi, yang mana seseorang individu itu mula berfikir bahawa mereka tidak berdaya melakukan sebarang pekerjaan. Bahkan, penuaan yang berlaku secara psikologi pula banyak dikaitkan dengan keadaan seorang tua yang mempunyai penyakit serta keadaan kesihatan yang tidak menentu serta sentiasa berfikiran negatif terhadap peningkatan usianya.

Rawatan awet muda yang sering dimpikan oleh setiap manusia merupakan satu bidang yang tertua dan mempunyai etnik rawatan yang sangat disanjung kerana ia menguasai perubatan yang mendapat dorongan daripada al-Quran dan falsafah hidup yang terkandung di dalamnya. Seperti itu juga, kaedah-kaedah dan ilmu-ilmu sains yang lain, prinsip-prinsip keselarasan dan keseimbangan serta permintaan juga seiring dengan pengaruh kewujudan rawatan awet muda., di mana terdapat pelbagai jenis rawatan awet muda yang dicipta dan diperkenalkan bagi menghalang proses penuaan dan memenuhi kehendak serta kegilaan manusia untuk kelihatan muda dari usia sebenar. Hakikatnya, kecantikan bukanlah suatu yang bersifat kekal, tetapi apabila tiba waktunya segala garis halus, lingkaran gelap, ‘eye bag’ dan noda pigmentasi akan muncul akibat perubahan hormon mahupun panahan cahaya matahari. Proses penuaan akan berlaku secara semulajadi kepada setiap manusia kerana penyakit tua tidak mempunyai ubat. Sabda Rasulullah s.a.w: (H.R Ibnu Majah, Abu Daud dan Tirmidzi)

"..عباد الله تداووا، فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء، او دواء إلا داء واحدا، الهرم."

Maksudnya: “Berubatlah kamu semua, kerana semua penyakit yang dijadikan Allah mempunyai ubatnya, kecuali satu penyakit sahaja yang tidak punyai ubat, iaitu penyakit tua.”

ELOK RUPA DARI HATI

"اللهم كما حسنت خلقي، فحسن خلقي، وحرم وجهي على النار".

Maksudnya: “Ya Allah, sebagaimana Engkau mengelokkan rupa parasku, maka perelokkan juga perangai dan tingkah lakuku dan haramkanlah wajahku ini daripada api neraka”.

Manusia tidak boleh menyangkal bahawa mereka tidak sukakan kecantikan. Ini kerana, Allah Taala telah menjadikan wanita dengan memiliki naluri untuk menjadi cantik. Kecantikan diibarat seperti ‘culture bound’ kerana ia dipengaruhi oleh budaya, terutama daripada Barat. Setiap wanita berfikir dan merasakan bahawa melalui kecantikan luaran, mereka akan mendapat apa yang mereka ingini tetapi kecantikan hanya bersifat sementara. Dengan buta tuli, mereka melakukan pelbagai cara hatta menjadi taksub dan alpa dengan perbuatan yang dilakukan semata-mata mengejar kecantikan.

Aspek utama yang paling penting dalam usaha-usaha rawatan awet muda untuk mengekalkan kecantikan seseorang individu adalah dari segi kebersihan. Aspek ini menjadi faktor paling penting untuk menentukan tahap kesihatan seseorang dalam pelbagai peringkat umur tidak kira sama ada tua, muda hatta kanak-kanak sekalipun. Ini kerana, pada masa kini penyakit kosmetik yang menyerang seseorang individu dapat dirawat dengan berkesan atau dicegahkan segera agar manusia menikmati kehidupan yang lebih sihat serta mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.

‘CEGAH SEBELUM PARAH’

Kita harus beringat dan berwaspada, apatah lagi kita sering mendengar kata-kata seperti ‘Cegah Sebelum Parah’ ataupun ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat’. Namun, kita masih tidak dapat menghalang daripada dijangkiti penyakit terutama penyakit tua kerana ia tidak mempunyai ubat, malah ia merupakan fitrah semula jadi manusia. Sungguhpun begitu, kita tidak boleh berputus asa kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya. Faktor penting adalah dengan sedikit usaha dan amalan yang berterusan kepada Allah kerana Dia jua yang menentukan hidup makhluk-makhluk-Nya.

Tidak salah untuk kelihatan cantik berseri dan juga tidak salah untuk melakukan rawatan awet muda selagi mana tidak bercanggah dengan hukum syara’ yang ditetapkan. Sebaliknya, yang menjadi satu masalah dan kesalahan adalah pemilihan rawatan awet muda dengan menggunakan pelbagai bahan, sama ada yang mengandungi bahan kimia atau sumber-sumber yang meragukan, bukan sahaja dapat memberi impak negatif kepada kulit, malah mensyirikkan manusia kepada Maha Pencipta. Oleh itu, manusia harus menggabungkan rawatan awet muda dengan penerapan ilmu agama agar tidak berlaku penyalahgunaan istilah dan konsep rawatan awet muda dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment

eyes of views


Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>