Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Wednesday, July 14, 2010

SEDARKAH WANITA?


TUMPUKAN PERKARA YANG PENTING

Wanita yang berpendirian dan menjaga maruah tidak sesekali melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, lebih-lebih lagi perkara yang menjatuhkan aibnya sebagai seorang yang bergelar hawa. Sebaliknya, Muslimah sejati sedar akan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya supaya gerak-geri  mereka tidak menjadi fitnah terhadap dirinya dan juga sekelilingnya. Mereka hanya mempunyai waktu tertentu sahaja untuk bergelak ria, bermain-main dan bergurau senda, bahkan mereka lebih cakna dengan urusan agama, individu muslim, keluarga, masyarakat dan umat Islam yang dibajai dengan roh Islam dan disemai dengan sakhsiah yang mulia selaku wanita muslimah.

Sabda Rasulullah s.a.w: : “Sesungguhnya Allah Taala Maha Mulia dan Dia menyukai orang-orang yang memiliki kemuliaan dan mencintai perkara-perkara yang utama dan membenci perkara-perkara yang remeh-temeh” (H.R Thabarani)

PENGARUH CINTA KERANA ALLAH


Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah Taala berfirman: Pastilah mendapat cinta Ku orang-orang yang mencintai kerana Ku, selain mengunjungi kerana Ku dan saling memberi kerana Ku.”

Islam agama syumul yang datang untuk melahirkan masyarakat teladan yang saling sayang-menyayangi, bukan bermusuh-musuhan. Semua muslim adalah bersaudara, malah di atas posisi inilah wujudnya muslim dan muslimah yang saling menjaga amanah dengan mutiara nasihat. Maka, Islam menjadikan hubungan cinta di antara umat Islam sebagai syarat keimanan sehingga jalinan ukhuwwah Islamiah antara mereka terbina kerana Allah. Sebaliknya, cinta yang dibajai dengan maksiat  akan menambahkan noda-noda di dalam diri hatta terhijab dari keredhaan Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu hal yang apabila kamu mengerjakannya, maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.” (H.R Muslim)

SEDERHANA DALAM BERFESYEN DAN BERPENAMPILAN

Wanita muslimah yang komitmen dengan petunjuk agama adalah individu yang sederhana dalam semua aspek, khususnya dalam berfesyen dan berpenampilan, bahkan mereka tetap menitikberatkan penampilannya agar sentiasa menarik, bersih, tidak keterlaluan dan tidak pula bermewah-mewahan. Mereka sesekali tidak mengikuti mode yang tidak mengenal batas syara’.

Firman Allah Taala: “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir. Dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian.” (al-Furqan: 67)

Firman Allah Taala: “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri yang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (al-Ahzab: 59)

No comments:

Post a Comment

eyes of views

Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>