Notis Hak Cipta
PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA

Wednesday, January 25, 2012
Kami Sayang Mesir.
Catatan 25 Januari 2012, 7 am Abbasiah
Kabus tebal kelihatan menghiasi suasana pagi kota Abbasiah. Deratan jalan dan lorong juga sunyi dari kebisingan yang biasa membingit gegendang telinga. Struktur bangunan dari hujung jalan seluruhnya kaku tanpa penghuni hari ini, hanya berbaki warga luar sahaja. Bahang 25 Januari membawa lebih dari seribu makna sebuah kemerdekaan bagi warga mesir yang mengnyahkan topeng retorik ketika itu. Bahkan, kehangatan dari ‘thaurah’ 25 Januari tahun lepas telah melakar sejarah baru dalam carta dunia.
Kedinginan musim sejuk seakan bahan bakar semangat warga mesir hari ini walaupun suhu dingin pagi meningkat. Iskandariah pula bermandi salji buat pertama kalinya di bumi Mesir. Namun, kota Kaherah masih sejuk seperti biasa, tidak mengharap turunnya salji seperti Alexandria. Memadai dengan manik-manik hujan yang membasahi bumi Kaherah sudah cukup mencengkam sum-sum tulang.
Sekitar Abbasiah masih lagi sunyi dari petah bicara warga Arab, sedang kabus ralit menutup panorama sekitarnya. Mata masih menjengah dari balkoni bangunan, sambil fikiran mencipta kebarangkalian. Medan Tahrir hangat tika ini, dari semalam lagi warga Mesir sanggup berdingin dengan kesejukan. Bahkan, permit ‘thaurah’ 25 Januari ini diolah dengan perhimpunan aman untuk memperingati Hari Syuhada’ tanpa sebarang diskriminasi dari pihak tertentu.
Tiada lagi tuntutan yang bermandikan darah, khali dari kezaliman pemerintah dan yang bertaut adalah tangan-tangan pencipta sejarah dengan ber’title’kan (أنا مصرى، ابن مصرى) “Aku warga Mesir, aku anak Mesir”. Sautan perarakan untuk pilihanraya masih lagi kedengaran, biarpun hanya sekelompok sahaja.
‘25 January the new adventure of Egyptian’. Boleh jadi Israel dan Amerika serta sekufunya ‘kecut perut’ menahan ketakutan yang masih lagi tidak terduga dari baki semangat demonstrasi tahun lepas. Bahkan, keberanian Nabi Musa a.s telah terbahang keunggulannya dalam urat saraf warga Mesir hari ini. Demi kebenaran dan izin Tuhan, Ardhu Kinanah ini tertegak dengan kalimah لا اله إلا الله محمد رسول الله.
Labels:
santai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eyes of views
Followers
SYED QUTB:
"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".
10 sebab hati buta:
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46
1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.
*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...

No comments:
Post a Comment