Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Saturday, January 1, 2011

LUMRAH ATAU GHAIRAH?

Masing-masing telah memahat azam dan niat sejak tibanya maal hijrah, bahkan masih belum terlambat memperbaharui azam yang belum lagi kesampaian. 1432 Hijrah disambut dengan gema memuji Maha Pemberi Nikmat, hatta setiap corong mimbar diberkati dengan ayat-ayat suci dan ilmu-ilmu akhirat. Namun, detik 2011 Masihi pula menyusul. Masihkah sketsanya melaung dan mengawan tika galak menyambut tahun baru? Bimbang gemilang yang dinanti, bala pula yang dirasai.

“Maka, apakah penduduk negeri itu merasa aman dari seksaan Kami yang datang pada malam hari ketika mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri  itu merasa aman dari seksaan Kami yang datang pada pagi hari ketika mereka sedang bermain? Atau apakah mereka merasa aman dari seksaan Allah (yang tidak terduga-duga)? Tidak ada yang merasa aman dari seksaan Allah selain orang-orang yang rugi”. – al-A’raf: 97-99

Lumrahkah hidup bersalut noda yang kian menghakis jiwa? Ironinya ghairah bernafsu raja. Memorial sambutan tahun baru tercatat duka, hatta kebanyakannya menghakis akhlak insani. Keruntuhan akhlak yang ketara, ditambah pula dengan sosio-budaya yang diadun dalam acuan barat lebih parah dan terseksa. Hawa nafsu yang diletak di hadapan akal dan tipu daya syaitan yang dibisikkan menyebabkan manusia terseksa dalam dunia dianggap syurga, namun penjara dirasai para Mukmin.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Dunia penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir”.

Realitinya, gema hiburan melalaikan, malah dicemari dengan senario muda-mudi yang ghairah dengan keasyikan yang menusuk hingga ke lubuk segala lara. Gelak ketawa yang menghiasi malam tahun baru dirasa adiwarna kehidupan. Adab Islam jelas menghilang dalam diri, sedangkan propaganda yang diada-adakan oleh pihak musuh menyerangi ideologi tidak disedari. ‘Kupu-kupu malam’ juga ghairah melebarkan sayapnya dan bebas merayap ke sana ke mari, malah mereka rela dibelenggu dalam keseronokan dunia tanpa menghiraukan bicara ukhrawi.
   
“Yang demikian itu (setelah ditimpa azab seksa) disebabkan kerana kamu bersukaria di bumi (tanpa) mengendahkan kebenaran dan kerana kamu selalu bersukaria (dalam kemaksiatan)”. – Ghaafir: 75

Sebaliknya, bertapakkah dasar Islam dalam diri mereka, sedangkan budaya yang diikuti hakikatnya dilarang Islam dan bertentangan dengan syarak? Hijrah diri dari belenggu syaitan, bukan membiarkan syaitan menguasai roh dan jasad. Bertambah malang jika melupai kewujudan tahun Islam. Namun, jika tahun baru disambut tanpa sebarang upacara yang berunsur maksiat sememangnya tidak bertentangan dengan syarak. Seyogianya, umat Islam disaran agar sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik mengikut gaya Islam, biarpun kedatangan tahun hijrah lebih baik diutamakan bagi umat Islam seantero dunia supaya tidak mengagungkan dan menyerupai budaya kafir.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mentaati orang-orang kafir, nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (murtad), maka kamu akan kembali menjadi orang yang rugi”. – Ali-‘Imran: 149

Mampukah kita merentas cabaran membina identiti Islam yang sempurna, biarpun dunia dihujung nyawa, bukan lagi dianggap istimewa? ‘Teliti diri renungi sendiri’.

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itu adalah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah”. – al-Baqarah: 120

No comments:

Post a Comment

eyes of views


Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>