Notis Hak Cipta

PERHATIAN:
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada JUITA MUSA. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog JUITA MUSA ini. Harap maklum. Terima kasih. © JUITA MUSA


Sunday, August 30, 2009

DARI MATA TURUN KE HATI. TERJAGAKAH KITA?


Perkahwinan merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w, yang mana tidak bercanggah dengan naluri manusia. Sebaliknya, mereka yang tidak waras sahaja yang tidak inginkan sesuatu yang disukai oleh Allah Taala. Perkahwinan bukan dijadikan sebagai mainan, tetapi ia diiringi dengan tanggungjawab memimpin keluarga dalam acuan Islam untuk membentuk 'baitul muslim'.

Sesungguhnya, kebahagiaan rumah tangga bermulanya dari asal hubungan lelaki dan perempuan. Adakah terjaga ikhtilatnya atau telah hanyut dalam dunia 'cinta bersalut dosa'? Walhal, lahirnya anak yang baik dan cerdik, serta kekalnya kehidupan rumah tangga adalah terletak kepada pemilihan suami dan isteri yang berpandukan 'the way of Islam' dan bukan hanya mengikut arus globalisasi yang telah banyak menghanyutkan golongan belia. Dengan kesedaran yang kuat dan tidak dipenuhi oleh perasaan yang bergolak atau keinginan untuk memperolehi maslahat yang bersifat sementara.

Islam adalah agama yang universal untuk penganutnya. Bahkan, Islam telah menggariskan panduan kepada kita supaya kita tidak terkapai-kapai untuk membuat sesuatu keputusan yang melibatkan masa depan kita dan generasi akan datang. Hikmah Islam meletakkan panduan pemilihan pasangan dengan mementingkan agama yang sahih dan akhlak yang mantap serta mendahulukan perempuan yang beragama adalah satu hikmah yang tidak ternilai seperti 'mutiara di lautan'. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara; harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pillihlah agama, kamu memerlukannya". Maka, kita 'memerlukannya' yang bermaksud memberi dorongan dan semangat. Bahkan, beragama pula dengan maksud seseorang yang berpegang teguh dengan tali Allah, tidak melakukan maksiat serta menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.

Ironinya, tidak dinafikan bahawa pasangan suami isteri hari ini kurang pemahaman tentang cara hidup Islam dan mereka seringkali menyalahkan sistem Islam apabila berlaku pergolakan di dalam rumah tangga mereka, sedangkan mereka sendiri lalai dalam membina kekuatan 'tali perkahwinan' tersebut.

PANAHAN DARI SYAITAN

Firman Allah Taala: "Dan janganlah kamu memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir padanya". (An-Nur: 31)

Perkara sunat yang digalakkan oleh Islam ialah seseorang lelaki melihat perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan. Ia disunatkan apabila lelaki tersebut benar-benar berniat untuk mengahwininya dan berharap agar lelaki tersebut menerimanya. Walau bagaimanapun, ikhtilat mesti dijaga, bahkan perjumpaan mereka mestilah ditemani oleh mahram perempuan yang boleh dipercayai supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Para lelaki boleh melihat bakal tunangnya dua atau tiga kali supaya tidak berlaku kekecewaan dan penyesalan selepas melangsungkan perkahwinan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w kepada Mughirah bin Syu'bah sewaktu beliau berazam untuk meminang seorang wanita: "Lihatlah wanita tersebut supaya ia akan mengekalkan kasih sayang di antara kamu berdua".

Wanita juga berhak untuk melihat lelaki yang bakal menjadi suaminya supaya tidak akan timbul perasaan menyesal selepas berkahwin. Wanita juga tertarik dengan beberapa sifat lelaki sebagaimana lelaki tertarik dengan sifat wanita. Dari mata jatuh ke hati dan dari hati itulah timbulnya pelbagai perasaan. Bermulanya satu zina itu disebabkan oleh pandangan yang diselubungi dengan kejahatan. Batas pandangan yang diharuskan oleh Islam adalah muka dan tapak tangan sahaja kerana keduanya telah menzahirkan kesihatan dalaman dan kecantikan seseorang wanita.

Melihat perempuan ajnabi atau bukan mahram mestilah mengikut batas-batas Islam kerana pandangan adalah panahan syaitan yang membuatkan seseorang itu 'lagha' dengan apa yang dipandangnya terutama melihat sesuatu yang bersifat cantik kerana wanitalah merupakan satu perhiasan yang menawan. Lelaki baligh dan berakal, tidak dalam keadaan terpaksa, sama ada tua atau lemah, serta lelaki yang hampir baligh haram melihat mana-mana anggota badan wanita dewasa yang bukan mahramnya. Perempuan dewasa yang dimaksud adalah wanita yang boleh menaikkan nafsu walaupun belum baligh. Begitu juga bagi seorang lelaki, yang mana mereka tidak boleh melihat wanita tersebut walaupun muka dan tapak tangan, sekalipun pandangan itu tidak menimbulkan fitnah menurut pendapat yang sahih di dalam Imam Syafi'e. Bahkan, pandangan tanpa adanya tujuan baik sama ada dari lelaki dan perempuan itu juga diharamkan.

Firman Allah Taala: "Katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka". (An-Nur:31)

Seseorang lelaki diharuskan melihat perempuan mahramnya kecuali anggota di antara pusat dan lutut dan begitulah bagi seseorang perempuan dengan lelaki yang menjadi mahramnya. Sebaliknya, lelaki haram melihat dan menyantuh perempuan bukan mahram tanpa sebarang hajat dan keperluan. Sekiranya seseorang lelaki perlu melihat atau menyentuh wanita kerana sesuatu keperluan, maka ia dibenarkan seperti untuk tujuan perubatan, ketika berjual beli, untuk penyaksian dan ketika pembelajaran. Walau bagaimanapun, pandangan tersebut hanya memenuhi keperluan sahaja. Darurat dan keperluan dibenarkan sekadar yang boleh menghilangkan kesusahan dan untuk melaksanakan matlamat.

Masyarakat yang tidak cakna dengan ajaran dan batas pergaulan menurut perspektif Islam menyalahgunakan kebebasan sebagai satu cara hidup mereka. Bahkan, menjadi satu adat dalam masyarakat Islam hari ini yang jauh daripada roh Islam, yang jelas menyalahi aturan pertunangan. Dengan tidak segan silu masyarakat menganggap bahawa ikatan pertunangan merupakan jalan untuk mereka saling mengenali dengan lebih dekat lagi hatta mereka mengetepikan hukum haram berkhalwat, berdua-duaan dan bergaul mesra, apatah lagi mereka berbincang mengenai dalaman. Oleh itu, tunang sebelum akad nikah dikira sebagai orang asing iaitu bukan mahram. Sepertimana maksud sabda Rasulullah s.a.w:  "Tidak boleh sama sekali lelaki dan perempuan berkhalwat (duduk berdua-duaan secara sunyi) melainkan mahram ada bersama mereka".

*Rujukan: Kitab Fikh Mazhab Syafi'e


No comments:

Post a Comment

eyes of views


Followers

SYED QUTB:

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang akan memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini adalah satu mata dari mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah GENERASI MUDA".

true friend..

Daisypath Friendship tickers

10 sebab hati buta:

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang yang buta ialah hati yang di dalam dada". -al-Hajj: 46

1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.
2) Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6) Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran daripadanya.

*Maka, inilah sebabnya kenapa doa kita tidak dimakbulkan...


ViEw oF My LiFe :)

ViEw oF My LiFe :)
Lihatlah dunia seperti ia sebenarnya...bukan seperti yang kau harapkan>>