Cinta dikategori kepada tiga:
1. Cinta agung adalah cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cinta sesama makhluk. Seseorang muslim yang mempunyai cinta agung akan berkorban segala-gala yang dimilikinya hanya kerana Allah.
2. Cinta Pertengahan-Manusia sememangnya mengecapi cinta pertengahan ini, iaitu mencintai sesama makhluk berdasarkan akidah.
3. Cinta Hina- manusia yang buta hatinya, mencintai perkara lain selain Allah, hatta menurut hawa nafsu dan tunduk kepada godaan syaitan.
NAFAS TANPA CINTA UMPAMA SIANG TANPA MENTARI
Cinta adalah fitnah, ia diperlukan untuk membajai jiwa. Hidup tanpa cinta adalah kehidupan yang hambar dan tidak bermakna. Manusia perlukan cinta untuk mewarnai kehidupannya. Jika cinta sudah tiada di hati kita, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada hati kita, sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Disebabkan panahan cinta, manusia keliru dan kadangkalanya buta untuk mentafsirkan laluan sebenar dalam kehidupan. Kisah Laila dan Majnun sebagai salah satu contoh yang boleh kita renungkan bersama.
“Kebahagiaan itu ibarat sebatang pokok yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya”. –Yusuf Al-Qardawi
*Teringat pula kisah sahabatku yang kini mengecapi kebahagiaan bersama keluarga, yang telah mensyaratkan mahar 30 juzuk al-quran yang dihafaz oleh bakal suami dan dibaca di hadapan tok Imam. Ta’ajub jugak aku mendengarnya, tatkala sahabat lain mengira mahar yang akan diperolehinya. Emm..lebih berkat dan suatu kelainan dalam kehidupan ;) So, ketenangan dan kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, yang mana mereka akan tetap berhati teguh, dikala orang lain mengalami kegoncangan; mereka tetap yakin dikala orang penuh keraguan; mereka tetap sabar ketika orang berkeluh kesah dan mereka tetap berlapang dada dikala orang telah rungsing. Pastikan cinta hakiki diburu melalui ‘wasilah fi jannah’. InsyaAllah bahagia dunia akhirat.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir".-ar-Rum:21
No comments:
Post a Comment