Berada dalam dunia kerjaya bukan semudah yang disangka. Kemantapan dan kredibiliti dalam melaksanakan sesuatu kerja adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan. Kecekapan melaksanakan kerja merupakan kemampuan yang perlu dimiliki oleh seseorang yang bergelar pekerja sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta. Walau bagaimanapun, ilmu dan dedikasi harus seiring supaya kualiti kerja seseorang pekerja itu terjamin dan mantap, tidak kiralah yang berstatus guru, pensyarah, arkitek, doktor dan sebagainya.
Meskipun demikian, pengetahuan tentang menyediakan resume’ merupakan langkah pertama menuju dunia kerjaya. Bahkan, diikuti dengan persediaan menghadapi temuduga dan tatatertib ketika temuduga.
Meskipun demikian, pengetahuan tentang menyediakan resume’ merupakan langkah pertama menuju dunia kerjaya. Bahkan, diikuti dengan persediaan menghadapi temuduga dan tatatertib ketika temuduga.
***************************
Walaupun hanya menjadi ustazah dalam tempoh masa yang singkat jer, tapi bagi aku inilah pengalaman yang mengajar aku erti kegigihan dan cakna dengan kajayaan pelajar. Setiap tenaga pengajar perlu ada target dan strategi untuk mencapai kejayaan pelajar. Pening juga tiap kali membuat soalan ujian dalam fatrah hampir dengan final exam STAM dan PMRU ni. Hah, baru tahu betapa peningnya kepala ustaz/ustazah kita time sekolah dulu. Semua ni ada hikmahnya, berani menerima tawaran mengajar bukan suatu perkara mudah untuk difikirkan kerana setiap keputusan yang dibuat perlu diselitkan dengan keyakinan dan kemampuan, bukan melihat segala pekerjaan dan amalan ini dengan kaca mata material semata-mata.
Kepada sahabat yang telah tamat belajar dan telah bersedia untuk mencari pekerjaan, mindset perlu bebas dari ketidakyakinan diri, yang mana perasaan itulah yang merosakkan cita-cita kita. Pengalaman pertama bukan bermakna pekerjaan itu perlu sesuai dengan status seorang pelajar ‘lulusan luar negara’, sebaliknya pengalaman pertama itu untuk mengetahui tahap kemampuan kita melakukan pekerjaan dan meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan pekerjaan sebenar. ‘The most important you must have a power confident and believe yourself.’
Di bawah ni aku sertakan contoh resume’ yang perlu ada bagi seorang pelajar untuk terjun ke dunia pekerjaan. Namun sekalung kemaafan kepada 'kenalanku yang setia' kerana kelewatan postkan contoh resume' ni. "Jangan marah, nanti kena jual lak". Resume' ni sekadar contoh sahaja. Nyatakan maklumat yang sahih dan mempunyai bukti kukuh mengikut kelayakan.
Berikut adalah contoh resume’:
JUITA NURANI BINTI CHE MUSA
(nyatakan alamat tempat tinggal sekarang)
• Tel: (nyatakan nombor telefon yang aktif)
• E-Mail: (nyatakan email yang aktif)
OBJEKTIF PEKERJAAN:
KELAYAKAN: (contoh)
• Dwibahasa: Inggeris/Bahasa Melayu
• Bagus dalam perhubungan awam, pengurusan pelancongan, kemahiran pengucapan umum
• Kemampuan dalam penulisan, perbahasan, penyelidikan dan pembentangan
PENGALAMAN RELEVEN (contoh)
Ahli Jawatankuasa Biro Ekonomi dan Penggunaan Persatuan Mahasiswa Al-Azhar Kaherah 2004/2005
• Mengendalikan koperasi Persatuan Mahasiswa Al-Azhar Kaherah
• Memeriksa stok barangan
• Melaksanakan projek Biro
Fasilitator Program Bina Pelajar Pondok Tok Ayah di Danau To’Uban, Kelantan
• Menyelenggara diskusi dan latihan berkumpulan
• Bekerjasama dalam melakukan aktiviti dan perbincangan tentang isu yang ditetapkan
• Memantau dan memimpin aktiviti ahli kumpulan
• Menyampaikan motivasi kepada ahli kumpulan
PENYELIDIKAN (contoh)
• Menyediakan dan menyempurnakan Kajian Ilmiah bertajuk Perubatan Moden dan Tradisional. Menurut Perspektif Islam dan Sains.
• Meninjau dan menemuramah pakar sains, doktor dan ahli ulama’ di Jabatan Islam untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian ilmiah
• Menyediakan soalan temuramah dan borang kajiselidik untuk penyelidikan Kajian Ilmiah
SEMINAR, BENGKEL DAN AKTIVITI (contoh)
•Menghadiri perbincangan tentang Undang-Undang Islam di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Mahkamah Wilayah Persekutuan and Jabatan Kehakiman Selangor Malaysia (JKSM)
• Menghadiri dan memerhati Prosedur Perbicaraan di Mahkamah Wilayah Persekutuan
PENGALAMAN BEKERJA (contoh)
2009 Guru Pengajian Islam SMU(A) Azhariah Melor, Kelantan
2006-2007 Pengurus Pentadbiran HLM NETWORK CORP. Kelantan
PENDIDIKAN (contoh)
Sarjana Muda Syariah (Pengajian Syariah) (2010)
(nyatakan institusi pengajian)
Diploma Syariah (Pengajian Syariah) (2006)
(nyatakan institusi pengajian)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (2002)
(nyatakan institusi pengajian)
RUJUKAN (contoh) (nyatakan 2 orang sahaja)
Mr. Abdul Rahim
Pensyarah
Jabatan Syariah
(nyatakan alamat)
Tel: (nyatakan telefon yang aktif)
Email: (nyatakan email yang aktif)
BIODATA (nyatakan biodata)
Nama : Juita Nurani Binti Che Musa
Alamat : (Nyatakan alamat tempat tinggal)
Tel : (nyatakan nombor telefon aktif)
E-mail : (nyatakan email aktif)
No kad pengenalan : (nyatakan kad pengenalan)
Tarikh Lahir : (nyatakan tarikh lahir)
Warganegara : Malaysia
Umur : (nyatakan umur mengikut tahun kelahiran)
Jantina : (nyatakan jantina)
Agama : Islam
Lesen : D
Status : Bujang / Berkahwin
Kemahiran Komputer: Ms Windows, Ms Office; Ms Word, Ms Excel, Ms Power Point,
Adobe Photoshop, Movie Maker
Kemahiran Bahasa : Pertuturan dan Penulisan Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
Bakat : Fotografi, penulisan dan reka cipta
Rujukan:
Idiot’s Book ‘Resume’*Sorry...resume' ini sebagai contoh sahaja ? Harap gambar passport tu jangan lupa lak letak yang asli punyer tau.
This card for my lecturer beloved in KIAS
No comments:
Post a Comment