Sunday, November 27, 2011

KUBU PERTAHANAN DARI GODAAN SYAITAN


Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya syaitan itu berlari dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah. Oleh itu, sempitkanlah laluan syaitan dengan berlapar”. (HR Ahmad, Bukhari & Muslim)

10 jalan yang dimasuki syaitan:

1.    Tamak dan buruk sangka
Hadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan bersyukur dengan apa yang ada selepas berusaha dan berikhtiar.
2.    Cintakan hidup dan panjang angan-angan
Hadapi dengan rasa takut terhadap kedatangan maut secara tiba-tiba.
3.    Cintakan kerehatan dan nikmat
Hadapi dengan menyakini bahawa nikmat itu akan lesap dan yakin dengan balasan buruk
4.    Kagum dengan diri-sendiri (ujub)
Hadapi dengan menyukuri nikmat-nikmat kurniaan Allah Taala dan takutkan balasan seksaan.
5.    Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka
Hadapi dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
6.    Hasad
Hadapi dengan sifat qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah kepada makhluknya.
7.    Riak dan sukakan pujian manusia
Hadapi dengan sifat bersyukur dan ikhlas.
8.    Bakhil
Hadapi dengan menyakini  bahawa apa yang ada itu akan binasa dan di sisi Allah itu akan kekal.
9.    Takabur
Hadapi dengan sifat tawaduk dan mengaku kelemahan diri.
10.    Tamak
Hadapi dengan sifat yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia kerana ia bersifat sementara.

“Sesungguhnya, orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka segera mengingati Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalah-kesalahannya)”. – al-A’raf: 201

Sabda Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam. Apabila beliau (anak Adam) berzikir, syaitan itu akan berundur dan apabila beliau lupa kepada Allah, syaitan itu akan mengunyah hatinya”.

No comments:

Post a Comment