▼
Sunday, August 14, 2011
SEMUA KERANA ALLAH
“Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari kiamat, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi serta memberi harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta-peminta dan memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang-orang menepati janji dan orang yang sabar dalam kemalaratan dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”. – al-Baqarah: 177
Sesungguhnya, kita tidak perlu merasa bangga kerana memberikan sesuatu perkara yang dikehendaki oleh Allah atau melakukan sesuatu pekerjaan untuk-Nya. Sebaliknya, semakin banyak kebaikan yang kita lakukan, semakin hati kita merasa rendah (tiada perasaan sombong) kerana kebanggaan itu menghilangkan nilai sesuatu perbuatan yang baik.
Al-Syahid Sayyid Qutb: “Barangsiapa yang melakukan perbuatan yang baik dengan maksud untuk memperoleh pujian atau penghargaan, maka tidak berhak baginya untuk memperolehi pahala dari Allah kerana dia hanya mencari imbalan dunia dan telah mendapatkannya di dunia ini”.
“Maka di antara manusia ada yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”. Dan di akhirat dia tidak memperolehi apa-apa bahagian”.- al-Baqarah: 200
“Dan di antara mereka ada yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka”.- al-Baqarah: 201
Allah tidak menghukum kita kerana kesalahan yang disengajakan, tetapi Allah menghukum kita kerana niat yang terkandung dalam hati kita dan perbuatan yang dilakukan.
“Mereka itulah yang memperolehi bahagian dari apa yang telah mereka kerjakan. Dan Allah Maha Cepat Perhitungan-Nya”. – al-Baqarah: 202
Kita dikurniakan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan hati untuk memahami. Maka, jalan mana yang ingin kita pilih?
“Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada”. – al-Hajj: 46

No comments:
Post a Comment